VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
RENCANA

ARKIB : 20/04/2009

Jangan beri peluang kepada penjenayah ragut

PENDEDAHAN Polis Kuala Lumpur baru-baru ini bahawa jenayah ragut meningkat hampir 100 peratus di ibu negara dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini tentunya membimbangkan warga kota.

Peningkatan sebanyak 600 kes kepada 1,206, sepanjang Januari hingga April itu (berbanding 606 kes untuk tempoh yang sama pada tahun 2008) memberi makna - ragut adalah jenayah ragut yang perlu diberi perhatian, bukan sahaja oleh polis, malah memerlukan kerjasama orang ramai.

Orang ramai perlu memastikan mereka tidak mudah menjadi mangsa ragut. Tetapi, orang ramai juga perlu membantu pihak polis membendung jenayah ini daripada terus berleluasa.

Penjenayah ragut kebiasaannya akan menggunakan peluang yang terhidang untuk melakukan jenayah ini. Percayalah, jika mereka (penjenayah) tidak mempunyai peluang itu, sudah tentu jenayah ragut tidak mudah berlaku.

Kenapa dan bagaimana peluang untuk melakukan jenayah ragut itu wujud? Pertama, apabila mangsa sendiri memberi ruang kepada penjenayah. Golongan wanita khususnya, perlu lebih berwaspada ketika berjalan kaki seorang diri, apatah lagi di tempat sunyi.

Beg tangan atau barangan kemas kaum hawa sering menjadi sasaran peragut. Bagi kaum lelaki pula, sekiranya berurusan dengan bank membabitkan amaun yang banyak, pastikan anda tidak diekori.

Berdasarkan beberapa cerita mangsa ragut yang sering kita dengar sebelum ini, tidak ramai yang membantu ketika mangsa diragut, sebaliknya hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Walaupun ada beberapa kes di mana orang awam membantu mengejar sehingga penjenayah ragut itu berjaya ditangkap, lain pula apa yang dialami seorang rakan penulis sendiri beberapa tahun lalu.

"Saya terpaksa melawan rasa sakit selepas terjatuh untuk bangun dan mengejar peragut itu. Orang ramai yang berada di situ sekadar melihat saya diragut seperti menonton drama di televisyen," kata rakan penulis mengimbau kejadian dia diragut di ibu negara dua tahun lalu.

Sikap sebegini (menjadi penonton) perlu diubah. Janganlah hanya mengharapkan polis untuk memberkas peragut. Kita ada tanggungjawab sosial dan dibenarkan menangkap penjenayah, asalkan tidak mendatangkan kecederaan parah atau maut.

Dalam usaha mengatasi jenayah ragut, Polis Kuala Lumpur bertindak mewujudkan operasi berkonsepkan 'kepolisan agresif' dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara.

Langkah itu menunjukkan keprihatinan polis untuk mengatasi jenayah itu. Tetapi sejauh manakah kita sebagai masyarakat perlu bergantung kepada polis untuk memastikan diri kita tidak menjadi mangsa ragut.

Bagi pihak polis pula, diharapkan pendekatan agresif itu dilakukan betul-betul agresif supaya ia dapat menutup peluang untuk semua penjenayah ragut bermaharajalela.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam komennya terhadap pendedahan peningkatan kes ragut itu memberi jaminan untuk tidak berkompromi dalam soal ketenteraman dan keselamatan awam.

Oleh itu, usaha menambah sejumlah 60,000 anggota baru polis diharap mampu memperkukuhkan usaha pasukan itu memerangi jenayah, bukan sahaja jenayah indeks di ibu negara, malah semua kategori jenayah di dalam negara.

Dengan bilangan anggota baru yang dicadangkan ini, pemantauan dan operasi polis menangani ragut ini perlu berterusan.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan bagi membendung masalah tersebut daripada berleluasa, PDRM perlu meningkatkan bilangan anggota berpakaian preman untuk melakukan rondaan khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Polis boleh menugaskan lebih ramai anggota yang tidak beruniform bagi memantau kawasan berisiko terutamanya di kompleks beli-belah kerana di situ terdapat ramai pelancong

Jangan diberi peluang lagi kepada penjenayah ragut. Itu yang dimahukan oleh rakyat. Situasi ini hanya akan terhasil apabila masyarakat dan polis sentiasa bekerjasama.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.