VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/04/2009

Transformasi pendidikan langkah tepat

KUALA LUMPUR 19 April - Transformasi pendidikan negara dengan tidak lagi berorientasikan peperiksaan sepenuhnya mulai tahun depan disifatkan sebagai langkah tepat bagi melahirkan modal insan holistik.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, transformasi itu memberi peluang seimbang kepada pelajar untuk menonjolkan diri.

"Transformasi ini telah lama dicadangkan kerana sistem pendidikan tidak seharusnya bergantung penuh kepada peperiksaan jika kita bercita-cita ingin muncul sebagai sebuah negara maju.

"Pelajar juga sudah pasti mendapat peluang yang seimbang terutamanya mereka yang kurang cemerlang dalam akademik untuk menonjolkan diri dalam aspek kepimpinan, sahsiah diri dan komunikasi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas langkah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang memasukkan elemen kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam mulai tahun depan.

Menurut Muhyiddin yang juga merangkap Menteri Pelajaran, melalui SPPK penilaian kecemerlangan pelajar berasaskan peperiksaan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

Bagaimanapun, Zainal berkata, Kementerian Pelajaran perlu memberi tumpuan khusus kepada sekolah luar bandar agar transformasi yang dilaksanakan nanti tidak memberi kesan negatif kepada pelajar di pedalaman.

"Kita semua sedar sistem baru ini baik, tetapi berdasarkan pengalaman lepas, pelajar luar bandar sering menjadi mangsa setiap kali pembaharuan dalam bidang pendidikan dilaksanakan," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Kajian E-Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norizan Abdul Razak juga memuji langkah transformasi itu.

Katanya, sistem pendidikan yang tidak berorientasi sepenuhnya peperiksaan mampu memperkasa pelajar dalam aspek kemahiran tambahan.

"Saya fikir ia transformasi yang tepat kerana di peringkat universiti, sistem ini telah dilaksanakan dan diberi penilaian yang sewajarnya.

"Adalah penting aspek tambahan ini dinilai di peringkat sekolah bagi melahirkan pelajar yang bermotivasi sepanjang masa kerana asas itu telah ada di peringkat sekolah," jelasnya.

Tambah Norizan, sebelum ini, rata-rata pelajar hanya bermotivasi ketika menjelang musim peperiksaan.

Dakwanya, selain kurang kemahiran tambahan, sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan menyebabkan kematangan pelajar terhad dan kelihatan jumud.

Dalam pada itu, walaupun bersetuju dengan transformasi yang hendak dilaksanakan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan, kerajaan perlu melakukan perubahan kepada guru-guru terlebih dahulu.

Beliau yang juga pakar sejarah berkata, untuk menjayakan transformasi dalam pendidikan, ia banyak bergantung kepada guru.

"Guru terlebih dahulu perlu ditransformasi agar mereka boleh menjadi pendidik dan bukannya sekadar tenaga pengajar bagi membolehkan pelajar lulus peperiksaan.

"Elemen sahsiah diri dan kemahiran tambahan banyak bergantung kepada peranan guru itu sendiri. Jika tidak, transformasi bagi melahirkan modal insan holistik pasti sukar," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.