VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 19/04/2009

Kad istimewa warga emas


ARIF Shah Omar Shah (kiri) melepaskan peserta ekspedisi ke Cameron Highlands di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.


BUKIT MERTAJAM 18 April - Golongan warga emas di negeri ini yang berusia 60 tahun ke atas akan diberikan sekeping Kad Warga Emas untuk menikmati pelbagai manfaat disediakan oleh agensi kerajaan dan swasta.

Pemegang kad tersebut bukan sahaja menerima kemudahan bayaran tambang menaiki pengangkutan awam secara separuh harga malah menikmati kemudahan-kemudahan lain.

Menurut Presiden Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Pulau Pinang, Datuk Arif Shah Omar Shah, mulai Rabu depan, bermula pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang, golongan warga emas boleh mengisi borang pendaftaran bagi mendapatkan kad tersebut.

"Mereka boleh datang ke pejabat Pusat Khidmat Arif Shah di Taman Pauh Jaya untuk mendaftar dan diberikan kad tersebut.

"Jika tidak tahu menulis, saya ada 12 orang kakitangan di pusat khidmat ADUN di sini dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantu mereka mengisi borang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 56 warga emas menerima sumbangan dan sebanyak 33 skuter yang berkonvoi ke Cameron Highlands dilepaskan.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata, warga emas tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar dan proses untuk mendapatkan kad itu mengambil masa selama 60 hari.

Menurut beliau, setiap golongan warga emas layak diberikan bantuan dan mereka ini boleh datang ke pusat khidmatnya setiap Isnin, 11.30 pagi sehingga 1 petang.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.