ARKIB : 12/04/2009
10,000 langkah sehari
![]() |
|
SEBAHAGIAN daripada 200 kakitangan Hospital Sultanah Aminah yang menyertai Program 10,000 Langkah Peringkat HSA di Johor Bahru, semalam. |
JOHOR BAHRU 11 April – Aktiviti berjalan kaki sebanyak 10,000 langkah setiap hari boleh membantu seseorang untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr. Rahim Abdul Rahman berkata, berdasarkan kajian yang dilakukan, aktiviti berjalan kaki merupakan senaman terbaik dan mudah bagi golongan yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian.
Katanya, dengan berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari seseorang itu diibaratkan melakukan beberapa senaman seperti berbasikal, berenang dan beberapa aktiviti kecergasan lain.
‘‘Senaman ini adalah mudah untuk dilakukan dan menjimatkan kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja tanpa mengira waktu.
‘‘Sekiranya ia dilakukan secara konsisten, seseorang itu mampu mengekalkan berat badan ideal di samping dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya,” katanya semasa merasmikan Program 10,000 Langkah Peringkat HSA, di sini hari ini.
Dr. Rahim berkata, program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada semua kakitangan dan dijangka menjadi aktiviti bulanan hospital itu bermula bulan depan.
‘‘Kita merancang untuk menjadikannya sebagai aktiviti bulanan di HSA dan sekiranya tidak ada sebarang halangan, setiap Khamis bermula Mei ini akan dijadikan hari untuk program itu,” jelasnya.
Seramai 200 kakitangan HSA di pelbagai jabatan menyertai program tersebut bagi membuktikan sokongan mereka terhadap program itu.
Seorang kakitangan, Azillah Ismail, 27, berkata, program tersebut merupakan usaha yang baik bagi menggalakkan kakitangan HSA bersenam di samping mengekalkan kesihatan.
‘‘Aktiviti ini harus diteruskan kerana ia memberi peluang kepada kakitangan yang sentiasa sibuk dengan urusan harian untuk menjalani gaya hidup sihat,” katanya.
Nik Lydiawati Nik Mat, 27, berkata, tujuannya menyertai program itu bagi menunjukkan sokongannya terhadap usaha HSA menggalakkan kakitangannya untuk hidup secara sihat dan aktif.
Pelbagai pihak sokong kenyataan Ahmad Zahid
Fokus kepada negeri dimenangi, bukan sibuk buat perhimpunan haram
MB arah pembalakan dihentikan
Pendidikan seimbang jadikan Malaysia hebat
RCI tangani isu PATI di Sabah
Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X
7 pendaki Everest-Felda tiba di Kem 2
640% kontraktor kelas F disenarai hitam - SPNB
Muzium wajar dilawati lebih kerap
RHB Bank bantu 10 badan kebajikan
Sambutan 100 tahun Prep School
Wahid yakin keupayaan bakal CEO baru Maybank
Lepasan Mara penuhi pasaran kerja
Ustaz Kazim jadi tarikan
Bantu NGO kucing
Perkim kaji semula perlembagaannya
Jangan percaya harga barang naik
Bekalan air kurang, kapasiti pengeluaran capai maksimum
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










