ARKIB : 12/04/2009
Pakej percutian RM255 ke Pulau Tioman
JOHOR BAHRU 11 April - Syarikat agensi pelancongan, Golden Water Holidays Sdn. Bhd. (GW Holidays) menawarkan pakej percutian tiga hari dua malam ke Pulau Tioman bermula dengan harga serendah RM255 seorang.
Pengarah urusannya, Mohd. Redzuan Lim berkata, pakej percutian itu merangkumi tiket feri pergi-balik dari jeti di Mersing, penginapan dua malam di resort, makan minum sebanyak lima kali dan perjalanan satu hari di atas bot untuk aktiviti menyelam dan lawatan ke Taman Marin.
Menurutnya, GW Holidays memberi tumpuan kepada destinasi berkenaan berikutan berakhirnya musim monsun baru-baru ini, yang melanda Pulau Tioman sejak Disember lalu.
"Pakej percutian bermula pada harga serendah RM255 seorang manakala pakej percutian untuk empat hari tiga malam ialah sebanyak RM320 seorang bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak diberi potongan sebanyak 50 peratus," katanya.
Pulau Tioman yang digelar syurga taman laut adalah salah satu tarikan pelancongan utama yang terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia, antara sempadan Johor dan Pahang.
Mohd. Redzuan berkata, pakej menarik itu ditawarkan kepada masyarakat negara ini khususnya penduduk Johor yang berdekatan dengan Mersing agar mereka boleh menikmati pengalaman bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Beliau berharap orang ramai akan merebut peluang itu dan merancang pelancongan mereka bagi menyokong usaha kerajaan menggalakkan pelancongan domestik.
Jelasnya, pihaknya sentiasa ingin menggalakkan rakyat negara ini terutamanya penduduk tempatan agar menyemai budaya melancong dengan merancang percutian terlebih awal.
"Kami menawarkan pakej percutian yang selesa supaya pelanggan tidak perlu menempuh keadaan yang tidak diingini seperti jadual feri yang sesak dan bilik yang habis ditempah.
"Pakej pelancongan ini sebenarnya dapat menjimatkan masa dan wang pelanggan untuk mengembara, sekali gus membolehkan mereka meluangkan lebih masa di destinasi tersebut," katanya.
Katanya, selain ke Pulau Tioman, GW Holidays turut menyediakan pakej pelancongan ke Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Lang Tengah, Pulau Sipadan dan Pulau Langkawi selain Taman Negara Pahang.
Bagi sesiapa yang ingin bercuti di destinasi berkenaan, boleh menghubungi GW Holidays di talian 09-3011166/09-3011177/016-922 1733 / 016-922 1766 atau melayari laman web www.gwholidays.com.
Harap perkhidmatan Siew Kiong tidak terjejas
Guru perkasa modal insan pewaris negara
Ibu tunggal 2 anak OKU disindir
Patuh peraturan prinsip Tokoh Guru Segamat 2013
Peminat 'mini explorace' dijemput ambil bahagian
Pendidik diseru hayati tema Hari Guru
Sasar bina rumah kos rendah
148 pelajar pendidikan khas sertai festival nasyid
KKBN turun ke desa berbakti
Reka cipta UTHM terus diiktiraf
UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa
60 penuntut UiTM tabur bakti di Kg. Tenang
Harap dapat miliki rumah sendiri
PDK Labis bakal dapat bangunan baharu
2 penyamun dicekup, 35 kes selesai
Persatuan belia lesu akan diaktifkan
Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam
Jangan lepaskan peluang di Fiesta Riuh Sakan Utusan/Kosmo
Kerajaan perlu bertegas - PPPMM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









