VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 April 2014 / 21 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
IMPAK ALAM

ARKIB : 10/04/2009

Menghayati alam melalui lensa kamera


lawatan berpandu bersama pakar MNS sempena pertandingan fotografi Genting Goes Green memberi peluang kepada golongan pelajar bandar bermesra dengan alam dengan selamat, selain mengasah bakat fotografi mereka.


Sebagai destinasi pelancongan terkenal negara yang amat mementingkan alam dan kelestarian bumi, Resort World Berhad (RWB) bakal menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia pada akhir bulan Mei nanti dengan cara tersendiri.

Semasa sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia nanti, RWB bakal melancarkan logo Genting Goes Green beserta sebuah buku piktorial berkonsepkan kehijauan alam Genting Highlands.

Beberapa bulan sebelum itu lagi, RWB telah melancarkan pertandingan fotografi Flora dan Fauna Genting Goes Green 2009 yang mana foto-foto terbaik hasil daripada pertandingan itu nanti bakal dimuatkan ke dalam buku tersebut.

Kata Anthony, pertandingan itu bertujuan menggalakkan masyarakat terutama jurufoto amatur remaja bagi menzahirkan pendapat dan penghargaan mereka terhadap alam semula jadi.

Meruncing

"Pertandingan ini dikira tepat pada masanya memandangkan isu-isu alam sekitar yang kian meruncing semakin mendapat tempat terutama yang berkaitan dengan perubahan cuaca dan pemanasan global," jelasnya semasa merasmikan pertandingan itu baru-baru ini.

Sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab, jelasnya, RWB bersama-sama MNS membina peluang bagi membolehkan orang ramai lebih peka terhadap kebaikan yang boleh diperoleh dari alam semula jadi.

Persaingan merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM 70,000 itu dibuka kini sehingga 15 Mei depan, dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori terbuka untuk semua warga negara dan rakyat asing serta kategori pelajar untuk peserta berusia 13 hingga 18 tahun.

Peraturannya mudah iaitu peserta harus mendapatkan foto terbaik pemandangan flora termasuk bunga-bungaan dan fauna termasuk semua jenis haiwan, burung dan serangga yang terdapat di sekitar Genting Highlands.

Peserta, jelas Anthony, boleh merakamkan gambar pemandangan alam semula jadi sekitar resort-resort Genting Highlands atau di tokong Chin Swee Caves.

Bagi memudahkan peserta, Awana Genting Highlands menganjurkan lawatan berpandu ke dalam denai hutan Awana yang diiringi oleh jurupandu berpengalaman dari Persatuan Pencinta Alam (MNS).

Ini bertujuan memastikan keselamatan peserta semasa meneroka denai hutan selain memastikan alam semula jadi tetap terpulihara.

Awana menyediakan 10 sesi lawatan untuk peserta termasuk 11, 12, 25 dan 26 April serta 9 dan 10 Mei. Setiap sesi lawatan bagaimanapun hanya terhad kepada 15 peserta.

Menariknya, dengan hanya RM10 yuran penyertaan, peserta berpeluang memenangi hadiah utama iaitu percutian Star Cruises untuk dua orang selain wang tunai bernilai RM 5,000, kamera digital Fujifilm FinePix dan keahlian percuma Persatuan Pencinta Alam selama setahun.

Pertandingan anjuran Genting itu mendapat tajaan dan sokongan daripada Kolej Antarabangsa ALFA, Pertubuhan Jurufoto Malaysia (SPM), StarCruises, Kumpulan Awana dan MNS.

Selain itu, RWB juga tidak ketinggalan menyokong gerakan Earth Hour 2009 pada 28 Mac lalu dengan menggelapkan seluruh resort dan taman tema di puncak Genting Highlands serta ibu pejabat korporatnya, Wisma Genting di Kuala Lumpur. - WAN SHAHARA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.