VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 28/03/2009

Polis tembak mati tiga penjenayah

TAIPING 27 Mac - Polis menembak mati tiga orang lelaki dan menahan tiga yang lain di Bukit Merah Lake Town Resort, dekat Taiping di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang ini, seorang anggota polis dipercayai turut tercedera akibat ditembak penjenayah terbabit.

Penjenayah yang menaiki dua buah kereta dipercayai dikejar oleh sepasukan anggota polis dari Pulau Pinang apabila mereka melarikan ke arah plaza tol Bukit Merah.

Salah sebuah kereta penjenayah itu memasuki kawasan apartmen di Bukit Merah dan dipercayai berbalas tembak dengan polis menyebabkan tiga orang terbunuh.

Mayat tiga penjenayah itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Tinjauan di tempat kejadian sehingga malam ini mendapati anggota forensik masih berada di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Menurutnya, maklumat lengkap mengenai kejadian itu akan diberitahu pada sidang akhbar yang akan diadakan di Simpang, Taiping esok.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.