VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 27/03/2009

Miliki Khazanah Tafsir di Malaysia

USAHA mentafsir al-Quran merupakan keperluan untuk mendekatkan umat Islam memahami isi kandungan kitab suci itu. Lantaran itu, pelbagai kaedah tafsir digunakan untuk mencapai tujuan tersebut.

Ketokohan dan sumbangan para ulama terdahulu yang terlibat dalam pentafsiran al-Quran sewajarnya dipaparkan sebagai usaha berterusan dan berkesinambungan. Ini kerana, khazanah ilmu yang ditinggalkan mereka menjadi sumber rujukan dan panduan hidup yang amat bernilai.

Menyedari penghasilan karya-karya ulama Melayu dalam bidang tafsir amat kurang berbanding tulisan dalam bidang seperti akidah, tasauf dan fikah menjadi antara pendorong semangat kepada Ketua Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Mustaffa Abdullah untuk menghasilkan buku berjudul Khazanah Tafsir di Malaysia. Sekali gus menjamin khazanah tafsir Melayu Nusantara kekal terpelihara, seterunya menjadi rujukan bermanfaat.

Kongsi pengarangnya di laman Tinta Pengarang, buku ini adalah sebahagian daripada hasil kajian beliau dengan bantuan beberapa pembantu penyelidik yang diperoleh daripada kajian bertajuk 'Pengajian Tafsir, Karya-karya serta Tokohnya di Nusantara: Kajian di Malaysia, Singapura, Thailand dan Brunei' yang memfokuskan kepada pengajian tafsir di nusantara secara keseluruhan.

Menurut Mustaffa lagi, kajian yang ditaja sepenuhnya oleh Universiti Malaya di bawah Geran Khas Universiti Penyelidikan, turut mengumpulkan karya-karya tafsir yang dihasilkan serta memperkenalkan tokoh-tokoh utama dalam pengajian tafsir di nusantara.

Hasilnya, kajian ini berjaya membongkar dan mendokumentasikan fakta-fakta berkaitan sejarah tokoh-tokoh serta karya-karya tafsir yang pernah dihasilkan oleh mufassir (pentafsir) di Malaysia.

Oleh itu, karya Khazanah Tafsir di Malaysia adalah himpunan data berkenaan pengajian tafsir al-Quran, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir.

Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberapa aliran; tradisional, islah dan al-Dihlawi.

Keadaan ini menggambarkan kedinamikan tafsir al-Quran di kalangan para ulama tempatan dan cendekiawan Islam di Malaysia. Isi kandungan tafsir buku ini amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir al-Quran.

Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang diguna pakai. Ia juga menyentuh tentang sejauhmana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain.

Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.

Bahasa yang digunakan dalam buku ini amat mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dana bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institusi pengajian tinggi mahupun orang awam.

Dr. Mazlan Ibrahim dari Fakulit Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia yang dijemput sebagai penilai buku Khazanah Tafsir di Malaysia berkata, gaya persembahan buku ini menarik kerana pengaliran ideanya yang nampak tersusun.

Malah beliau mengakui buku ini sesuai untuk tatapan masyarakat umum kerana ia mampu memberi input yang bermanfaat kepada bidang tafsir dan secara khususnya kepada perkembangan pengajian dan penulisan kitab-kitab tafsir Melayu Malaysia.

Terdapat dua bahagian yang dipecahkan kepada Bahagian 1 merangkumi pengajian tafsir di Malaysia menerusi aliran pengajian pondok, pendidikan formal dan tidak formal.

Pada bahagian 2 mengetengahkan tokoh-tokoh tafsir di Malaysia. Antaranya Sheikh Abdul Malik Abdullah, Muhammad Said bin Umar, Syed Sheikh al-Hadi, Uthman Muhammad dan ramai lagi.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.