VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 April 2014 / 18 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 25/03/2009

JPJ lelong 47 kenderaan sita


ABDUL Ghani Che Kasim (depan) melihat sebahagian daripada motosikal yang dilelong JPJ di Panji, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 24 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan hari ini melelong 47 buah kenderaan yang tidak dituntut oleh pemiliknya setelah disita atas pelbagai kesalahan.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim berkata, daripada jumlah tersebut, kira-kira 50 peratus daripada kenderaan itu disita kerana tidak mempunyai cukai jalan.

"Kenderaan itu terdiri daripada 34 buah motosikal, 11 buah kereta dan dua buah lori ditahan dalam beberapa operasi di sekitar jajahan ini, Bukit Bunga, Jeli dan Labok, Machang.

"Tindakan lelong ini dibuat setelah semua kenderaan terlibat disita melebihi tempoh empat bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lelong Awam di Ibu Pejabat JPJ Kelantan di Panji dekat sini.

Lebih 70 individu termasuk dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang mengambil bahagian membida kenderaan-kenderaan tersebut.

Menurut Abdul Ghani, daripada keseluruhan jumlah kenderaan terbabit, sebanyak 29 buah motosikal boleh didaftarkan kembali untuk digunakan.

"Selebihnya dilelong sebagai barangan lusuh kerana nombor casisnya tidak kelihatan. Harga lelongan bermula dengan RM100 bagi motosikal sehingga RM7,000 bagi kereta.

Katanya, penetapan harga lelong bagi kenderaan itu adalah atas penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya terhadap enjin kenderaan.

"JPJ negeri mengadakan lelongan itu tiga kali setahun dan lelongan kali ini merupakan yang pertama bagi tahun ini," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.