VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 24/03/2009

Sulaiman warisi kemahiran membuat keris


Sulaiman Mat Daud menunjukkan sebilah keris yang lengkap bersarung yang dihasilkannya.


KEMAHIRAN membuat keris atau senjata tradisional lain sudah semakin jarang dikuasai lebih -lebih lagi di kalangan generasi muda hari ini.

Warisan yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan orang Melayu ini seharusnya dipertahankan agar tidak terus pupus ditelan zaman.

Kebimbangan tersebut turut dikongsi oleh seorang yang digelar 'pandai besi', Sulaiman Mat Daud, 65, yang berharap kemahiran yang dimilikinya dapat diwariskan kepada orang muda.

Dia sendiri mewarisi kemahiran membuat senjata-senjata Melayu seperti keris dan pelbagai jenis parang untuk kegunaan seharian, daripada arwah bapanya yang juga tukang besi terkenal di Pasir Mas, Kelantan.

Katanya, sejak remaja dia banyak membantu bapanya yang mendapat tempahan membuat senjata baik dari sekitar Kelantan mahupun dari luar.

Kemahiran yang diasah tahun demi tahun menjadikannya mahir dalam membuat pelbagai bentuk senjata.

Melihat susuk tubuhnya yang tinggi dan gaya dia bekerja, memang tepat sekali jika Sulaiman kerap diusik kawan-kawannya mempunyai 'urat dawai' dan 'tulang besi'.

Pada usia emas, Sulaiman masih kuat 'membanting' penukul besar bagi meleperkan besi untuk dibuat parang dan keris. 'Membanting' berselang seli dengan pembantu yang juga anak saudaranya, Mat Ariffin Ibrahim, itulah kerja yang dilakukan Sulaiman sejak 48 tahun lalu.

"Saya sudah mula melakukan kerja ini sejak berumur 17 tahun lagi,'' katanya ditemui ketika membuat demonstrasi pertukangan logam seni warisan bangsa di Kompleks Kraf Kuala Lumpur sempena Hari Kraf Kebangsaan 2009 baru-baru ini.

Menurut Sulaiman, dahulu senjata-senjata tersebut digunakan bagi mempertahankan diri atau digunakan bagi kerja-kerja seharian, kini ramai yang membeli untuk dijadikan perhiasan atau dihadiahkan kepada kawan-kawan,.

Dia yang mempunyai syarikat sendiri iaitu S.A. Palas Kraf di Pasir Mas, Kelantan, memulakan kerjanya setiap hari dari pukul sembilan pagi hingga dua petang dan boleh membuat sebanyak 20 bilah golok sehari.

Bagaimanapun, jika mendapat tempahan membuat keris, dia hanya boleh menghasilkan sebilah sahaja sehari. Ini disebabkan membuat keris lebih rumit dan perlu berhati-hati kerana keris mempunyai banyak kelok.

"Bagi membuat keris, beberapa jenis besi perlu dicampurkan. Ada keris lima campuran besi dan ada juga tujuh. Di antara jenis-jenis besi itu ialah besi pame, besi tua, besi paku, besi biasa dan sebagainya.

"Oleh kerana itu, harga keris mahal sedikit iaitu daripada serendah RM500 hingga berbelas ribu. Sarung keris juga dibuat daripada jenis kayu yang kuat dan tahan seperti kayu kemuning dan sena,'' ujarnya.

Ditanya tidakkah berasa jemu membanting tulang dan berdiang di api panas bagi membuat senjata, 'pandai besi' ini berkata, soal jemu tidak timbul kerana kerja itu sudah sebati dalam hidupnya dari muda hingga tua.

Malah, dia bersyukur kerana dengan bakat yang dianugerahkan Tuhan itu juga dia dapat membesar dan memberi pendidikan kepada anak-anaknya hingga ke menara gading.

Salah seorang anaknya, Prof. Madya Abdul Razak, merupakan doktor ortopedik di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, manakala yang lain sebagai jururawat terlatih dan guru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.