VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 23/03/2009

Teknik kimpalan arka


KAMIL Paiman (kanan) menunjukkan teknik mengimpal kepada para peserta kursus kemahiran asas kimpalan arka di Politeknik Port Dickson, Port Dickson, baru-baru ini. - UTUSAN/HUSSAINI AMRAN


PORT DICKSON 22 Mac - Dalam usaha menggalakkan lebih ramai belia menceburi bidang kemahiran asas, Politeknik Port Dickson (PPD) dan Persatuan Belia 4B Taman Intan Perdana di sini baru-baru ini menganjurkan kursus asas kimpalan arka.

Selain mendedahkan peserta dengan pelbagai teknik kimpalan arka, kursus yang julung-julung kali diadakan itu juga sedikit sebanyak mendedahkan mereka dengan pelbagai disiplin kemahiran tersebut.

Program yang diadakan itu mampu melatih para belia terutama yang masih menganggur atau diberhentikan kerja tentang kemahiran asas, seterusnya membantu mereka mendapatkan pekerjaan dalam bidang tersebut.

Menurut pengajar kursus, Kamil Paiman, kimpalan arka adalah teknik kimpalan elektrik dengan menggunakan batang elektrod.

Beliau yang juga pensyarah Kejuruteraan Mekanikal PPD berkata, dalam kursus dua hari itu peserta didedahkan tentang teknik mengimpal lima jenis sambungan asas secara sistematik.

''Di samping teori, belia-belia yang mengikuti kursus ini turut diberi peluang melakukan sendiri kimpalan arka di bawah pengawasan pengajar," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Jelas Kamil, terdapat beberapa peserta yang pernah mempelajari teknik kimpalan secara tidak formal, namun mereka tidak menerima pendedahan tentang peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi.

Kata beliau, peralatan yang digunakan seperti penunu bagas boleh mendatangkan kecederaan yang serius sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.

Justeru, katanya, kesemua peserta kursus dinasihatkan supaya sentiasa memakai apron, pelindung muka, penutup hidung, kasut kulit dan topi keselamatan semasa melakukan kimpalan.

''Mereka juga perlu memastikan bengkel atau ruang kerja mempunyai sistem pengudaraan yang baik serta susun atur meja yang luas untuk keselesaan dan keselamatan semasa mengimpal" jelasnya.

Kamil memberitahu, sijil penyertaan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya menamatkan kursus dan ia diperlukan untuk mengikuti dua lagi kursus kimpalan selanjutnya.

Menurutnya, selain kimpalan arka, terdapat dua lagi teknik iaitu kimpalan gas lengai logam serta kimpalan gas lengai tungsten.

''Peserta-peserta kursus digalakkan mengikuti dua lagi kursus berkenaan supaya mereka boleh menambah pengetahuan tentang asas teknik-teknik kimpalan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia 4B Taman Intan Perdana, Azizan Saad berkata, terdapat tiga lagi kursus kimpalan akan dianjurkan oleh PPD dengan kerjasama pihaknya sekitar bulan Jun, September dan Disember tahun ini.

Beliau berkata, penyertaan akan dibuka kepada belia-belia di sekitar daerah ini agar lebih ramai yang menerima pendedahan tentang asas kimpalan.

''Diharap golongan belia terutamanya yang sedang menganggur merebut peluang keemasan ini. Kemahiran yang dipelajari boleh digunakan untuk memohon pekerjaan di bengkel-bengkel kimpalan.

''Lebih menarik lagi, tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta kursus dan segala peralatan disediakan oleh penganjur," katanya yang juga pensyarah Kejuruteraan Mekanikal PPD.

Sehubungan itu, menurut Azizan, belia-belia yang berminat boleh menghubungi Unit Latihan dan Perhubungan Lanjutan PPD di talian 06-6622000 atau Pejabat Belia dan Sukan daerah di talian 06-6471430.

Katanya, maklumat lanjut mengenai kursus asas kimpalan turut dipaparkan di laman blog Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PPD (http://jkmppd.blogspot.com)

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.