VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 22/03/2009

Ery Putra mengaku ditipu




Pelakon Ery Putra sebelum ini pernah mengaku membuat suntikan pada wajahnya untuk kelihatan lebih menarik. Lihatlah pada bahagian dagu Ery, nampak lebih menonjol.

Selain bahagian dagu, dia dikatakan turut membuat beberapa lagi suntikan

pada bahagian wajahnya selain mengambil vitamin C untuk kelihatan menarik.

Hari ini heboh cerita kononnya akibat suntikan yang dilakukan Ery itu, wajahnya mula menunjukkan kesan sampingan.

Malah Ery dikatakan tersilap langkah kerana melakukan suntikan itu daripada individu yang tidak bertauliah sehingga menyebabkan wajahnya menjadi merah sekiranya terkena pancaran matahari yang dipercayai kesan daripada suntikan tersebut.

Sebelum ini pun, kebanyakan media massa melaporkan pelakon yang terkenal dalam siri Manjalara dan Sutera Maya itu mengaku mengambil suntikan Vitamin C untuk mengatasi masalah kulit.

Ery yang sedang sibuk di lokasi penggambaran tidak menolak untuk memberikan penjelasan mengenai desas desus yang mengatakan dia sakit dan menyesal akibat mengambil suntikan tersebut.

Kepada wartawan SY MUSSADDAD MAHDI, Ery memberikan penjelasan.

Betulkah Ery suntik beberapa bahagian badan dan muka untuk cantik?

Eh, itu cerita lamalah. Semua orang pun dah tahu cerita itu. Lagipun apa isunya sampai cerita ini keluar balik?

Ada cerita yang mengatakan yang Ery sekarang sakit kesan akibat suntikan pada bahagian muka sampai tidak boleh kena cahaya matahari.

Mana ada sampai begitu sekali. Rasanya awak ini salah orang kot. Memang saya akui ada membuat beberapa suntikan tetapi taklah sampai sakit seperti yang didakwa. Cerita saya sakit sampai tak boleh kena cahaya matahari juga tidak betul. Mungkin ramai yang salah anggap dengan kenyataan saya. Ada sesetengah orang mengambil suntikan daripada doktor palsu. Jadi, bahan-bahan yang terkandung juga berbahaya dan boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Tapi kesan sampingan tersebut memang bukan saya yang alami.

Habis, Ery sendiri yakin dengan apa yang Ery lakukan?

Memang saya akui saya juga risau tentang perkara itu. Tapi sehingga hari ini saya rasa saya masih lagi tidak mengalami masalah kesihatan atau kesan sampingan daripada suntikan yang saya ambil. Lagipun saya hanya mengambil suntikan Vitamin C dan Plasenta. Memang saya akui yang saya mengambil suntikan Vitamin C lebih kurang dua tahun yang lepas. Tapi selepas mendapat nasihat daripada doktor saya dah semakin berhati-hati selepas itu.

Sebelum itu Ery mendapat suntikan itu daripada siapa?

Sebelum itu saya hanya mengambil suntikan di rumah daripada orang yang saya kenali. Memang saya akui saya ditipu sebelum ini. Kisahnya saya mengambil suntikan Vitamin C tiga kali seminggu. Harga jangan tanyalah. Bila saya berjumpa dengan doktor, doktor nasihatkan saya supaya berhenti daripada mengambil suntikan tersebut. Tiga kali seminggu itu memang dah terlebih. Doktor juga ada memberitahu, mungkin bahan yang mereka gunakan bukanlah Vitamin C sepenuhnya. Malah saya ada dengan kes mereka menggunakan minyak bayi semasa menyuntik. Ini sama dengan kes tipulah. Macam-macam perkara yang boleh terjadi apabila tersalah dan terlebih suntik. Apa yang paling ditakuti kalau benda tersebut kekal keras dalam badan dan akan mengakibatkan pelbagai kesan. Ada sesetengah orang yang ambil botox dan kolagen daripada mereka yang bukan doktor bertauliah dan akhirnya kena buat pembedahan sebab ada kesan sampingan.

Kenapa pula Ery suntik plasenta kalau sudah tahu kesan salah suntik?

Saya mengambil suntikan plasenta dari doktor yang bertauliah. Semasa saya ditipu dulu memang saya mengaku buat suntikan di rumah sahaja. Sebenarnya saya mengambil suntikan plasenta untuk merawat masalah kulit saya. Mungkin ramai yang tak perasan masalah yang saya hadapi sekarang. Kulit saya kering dan sebahagian lagi berminyak. Sebab tu saya ambil plasenta.

Tapi kebanyakan orang yang melakukan suntikan biasanya nak mengubah wajah mereka. Apa komen Ery?

Semua ini sebenarnya bergantung kepada niat masing-masing. Mungkin ada benarnya jika sesetengah orang mahu mengubah wajah mereka untuk kelihatan lebih cantik dan menawan. Tapi saya melakukan suntikan bersebab. Macam saya cakap tadi, saya ambil plasenta untuk merawat masalah yang saya hadapi sahaja. Tak lebih dari itu. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang hal saya.

Bila dah bermacam-macam spekulasi tentang kesan buruk suntikan itu, adakah Ery menyesal dengan segala yang telah berlaku?

Saya tak pernah menyesal dengan segala tindakan yang telah saya ambil. Alhamdulillah saya masih belum terkena kesan sampingan setakat ini. Timbul kerisauan hanya pada mula-mula mengambil suntikan Vitamin C sahaja. Pada waktu itu memang banyak sangat saya ambil. Memang risau pasal kesihatan saya. Sampai sekarang masih tak ada masalah. Akan datang harap-harap tak jadi masalahlah.

Kadang-kadang ada orang yang mahu membuat perkara yang sama. Boleh komen sikit.

Bagi saya tak ramai sebenarnya yang mahu menyuntik tubuh mereka sekadar mengikut trend. Biasanya orang akan buat jika ada niat atau mengalami masalah kesihatan sahaja. Pada saya benda ini sebenarnya bermusim. Mungkin sekarang dah kurang berbanding sedikit masa lalu. Waktu itu semua orang nak cucuk sana cucuk sini. Kalau betul nak cucuk juga pergilah mendapatkan khidmat mereka yang pakar dan profesional. Bukan apa, kalau buat sembarangan, takut timbul macam-macam masalah pula. Nanti mereka juga yang susah.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.