VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 19/03/2009

Isu pencen ATM: Jabatan Arah Rekod tidak ada kuasa

Jawapan Pertama

MERUJUK pada aduan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Februari 2009 bertajuk ‘‘Kajian Semula Pencen Bekas Tentera’’. Untuk makluman semua, Jabatan Arah Rekod dan Pencen ATM (JRP) tidak ada kuasa untuk menyelaraskan sebarang kenaikan pencen kecuali mendapat kelulusan dari kerajaan.

Pengumuman kerajaan untuk memberikan kenaikan pencen maksimum bagi pesara ATM yang mempunyai perkhidmatan melebihi 21 tahun adalah sebagai menghargai perkhidmatan mereka yang sanggup berkhidmat melebihi tempoh pencen maksimum yang telah ditetapkan sebelum ini.

Pemberian ini bukanlah hanya untuk anggota ATM sahaja tetapi juga kepada anggota perkhidmatan awam, oleh itu sekiranya sebarang kenaikan pencen kepada anggota ATM mestilah juga mengambil kira anggota awam.

Persoalan juga timbul kenapa mereka ini tidak berkhidmat melebihi 21 tahun sedangkan peraturan membenarkan dan pada waktu terdekat. Ini didapati hampir 40 peratus pesara ATM adalah mereka yang berkhidmat melebihi 21 tahun.

CAWANGAN PERHUBUNGAN AWAM,

Kuala Lumpur

Jawapan Kedua

MERUJUK pada aduan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Februari 2009 bertajuk ‘‘Bekas tentera jual botol sara hidup’’. Untuk makluman semua, Jabatan Arah Rekod dan Pencen ATM (JRP) tidak ada kuasa untuk menentukan sebarang pemberian ex-gratia kepada pesara tentera kecuali mendapat kelulusan dari pihak agensi pusat dan kerajaan.

Pengumuman kerajaan untuk memberikan ex-gratia tahun lepas adalah bagi pesara hilang upaya ATM yang mendapat kecederaan pada tahun 2001 ke atas sahaja, itupun setelah 7 tahun perkara tersebut diperjuangkan oleh Jabatan Arah ini khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya.

Pemberian ex-gratia bagi pesara ATM yang mendapat kecederaan di antara 20 Oktober 1994 hingga 2001 dan pesara ATM yang mendapat kecederaan sebelum tarikh tersebut masih lagi dalam perhatian pihak Perbendaharaan di Kementerian Kewangan. Permohonan dan Pemberian kelulusan ex-gratia ini terpaksa dilakukan secara berperingkat adalah kerana ia melibatkan pemanjangan faedah tersebut dari pekeliling yang berbeza kepada pesara ATM.

Pihak JRP dan pihak Cawangan Khidmat Tentera masih dalam proses mengusahakan agar pemberian ex-gratia ini dapat dipanjangkan faedahnya kepada pesar yang mendapat kecederaan sebelum tahun 2001. Kertas kerja berkenaan telah pun dimajukan kepada pihak Perbendaharaan pada bulan Februari yang lepas dan masih menunggu maklum balas dari mereka.

CAWANGAN

PERHUBUNGAN AWAM

Kuala Lumpur

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.