VERSI : Mobile | Akhbar Digital
21 Ogos 2014 / 25 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 16/03/2009

Keunikan Pasar Warisan


salleh Seron menunjukkan pelbagai barangan antik yang dijual di tapak Pasar Warisan, Seremban.


SEREMBAN 15 Mac – Sinonim dengan nama yang diberi, Pasar Warisan di Jalan Lee Sam di sini jelas menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat untuk menambah koleksi peribadi barangan antik masing-masing.

Sesuai dengan objektif kewujudannya, penjualan barangan antik menjadi tarikan utama pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negara terutamanya pengumpul barang antik untuk mendapatkan barangan yang kian mencecah usia beratus tahun di lokasi tarikan pelancongan itu.

Lebih menarik, pelbagai aksesori seperti jam tangan, duit lama, mata wang asing, syiling, pisau, alat mesin jahit, barangan tembaga dan pelbagai barangan antik boleh didapati di pasar tersebut.

Kunjungan santai orang ramai pada setiap hujung minggu ke situ merupakan salah satu langkah proaktif Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk memperkenal dan mempromosikan lagi bandar Seremban kepada rakyat tempatan dan pelancong asing.

Menurut seorang penjual barangan antik, Salleh Seron, 56, kawasan berkenaan kini kian menjadi tumpuan ramai kepada golongan yang berminat untuk mencari barangan terpakai terutamanya barangan antik.

‘‘Para pengumpul barangan antik begitu tertarik membuatkan mereka untuk datang dari jauh sebagai contoh dari negeri-negeri lain termasuk pelancong dari luar negara bagi mendapatkan barangan lama yang tinggi nilai estetikanya.

‘‘Ini kerana, barangan antik ini sukar serta tidak boleh lagi ditemui di kedai-kedai biasa selain ia ditawarkan pada harga yang lebih murah dan berpatutan, '' katanya ketika ditemui di Pasar Warisan di sini hari ini.

Salleh yang juga merupakan seorang pesara berkata, berteraskan minat untuk mengumpul jam-jam lama sejak 1972 telah mencetuskan minat beliau untuk mengumpul pelbagai jenis barang antik yang lain.

‘‘Pada awalnya, saya hanya mengumpul jam-jam tangan dan lama-kelamaan minat tersebut kian berkembang seperti menjadi hobi,’’ ujar beliau.

Di samping itu, Salleh memberitahu, beliau yang telah berniaga di tapak pasar itu sejak tiga tahun lalu terpaksa menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi mendapatkan barang-barang antik yang unik bagi dipasarkan di lokasi berkenaan.

‘‘Memandangkan pasar ini hanya dibuka pada hujung minggu, maka saya mengambil peluang pada hari bekerja untuk ke negeri lain bagi mendapatkan pelbagai barangan antik,” jelas Salleh.

Tambah beliau, harga barangan yang dijual di tapaknya boleh didapati dari serendah RM2 hingga ke RM2,000 dan ini bergantung kepada harga pembelian.

Seorang lagi peniaga barangan antik, Aminudin Baharuddin, 41, atau lebih disenangi dengan panggilan Amir ‘Klasik’ berkata, tapak Pasar Warisan ini semakin menjadi tumpuan pengumpul barangan antik untuk tujuan membeli atau menjual barangan antik.

‘‘Sejak ia dibuka dari tahun 2004, ramai yang ke sini untuk mendapatkan barangan antik dan ada juga yang menjualkannya kepada saya

‘‘Dalam pada itu, ada juga yang datang untuk bertukar suka sama suka barangan mereka dengan barangan antik milik saya,” tambah beliau.

Pasar Warisan dibuka seawal 7 pagi hingga pukul 5 petang pada setiap hari Ahad yang menyaksikan penawaran pelbagai pilihan barangan antik yang diyakini akan memikat hati orang ramai yang mengunjunginya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.