Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
KORPORAT

ARKIB : 14/03/2009
Dana ASM menang anugerah

Dana ASM menang anugerah

KUALA LUMPUR 13 Mac - Dana Al-Aiman, dana ekuiti Syariah yang diuruskan oleh ASM Investment Services Bhd. (ASM Investment) telah memenangi Dana Ekuiti Syariah Terbaik daripada Morningstar Asia, sebuah syarikat penyelidikan pelaburan berkecuali yang berpangkalan di Chicago.

ASM Investment dalam kenyataannya berkata, dana tersebut merupakan satu daripada tujuh dana yang memenangi anugerah daripada tiga kategori yang dinilai dalam Anugerah Dana The Morningstar 2008 (Malaysia).

Anugerah itu dinilai dari aspek kualitatif dan kuantitatif termasuk pulangan yang mampu diberikan kepada pelabur dalam tempoh setahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff berkata, Dana Al-Aiman adalah antara dana Syariah paling popular.

Sebelum ini, Dana Al-Aiman turut memenangi anugerah bagi kategori yang sama daripada Standard & Poor untuk Anugerah The Star/Standard & Poor Investment Malaysia selama tiga tahun berturut-turut bagi tahun 2005, 2006 dan 2007.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN