VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Julai 2014 / 3 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KORPORAT

ARKIB : 04/03/2009

Dunlopillo sasar jualan 20%


SEORANG model sedang berbaring atas tilam keluaran Dunlopillo pada majlis pelancaran tujuh rangkaian produk baru bagi Dunlopillo di Hotel One World, Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA 3 Mac - Dunlopillo (M) Sdn. Bhd., jenama tilam utama di Malaysia dan Singapura menjangkakan pertumbuhan jualannya kekal sebanyak 20 peratus tahun ini menerusi pengenalan produk-produk baru.

Pengarah Urusannya, Foo Marn Hing berkata, sasaran itu mampu dicapai kerana model baru berjaya meraih permintaan ramai dan industri yang terbabit.

Beliau berkata, produknya yang ditawarkan berdasarkan inovasi susu getah yang digunakan selama 80 tahun berserta dengan peningkatan teknologi Outlast yang mula-mula dibangunkan dalam sut angkasawan.

''Jenama Dunlopillo telah dikenali ramai dan boleh dipercayai serta mendapat sokongan daripada syarikat induk kami iaitu Sime Darby Bhd.," katanya selepas melancarkan tujuh rangkaian produk baru bagi Dunlopillo dan Orthorest, di sini hari ini.

Dunlopillo merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby.

Menurut Marn Hing, Dunlopillo mahu meningkatkan penguasaan pasaran sebagai salah satu strategi berdepan dengan persaingan sengit dalam industri tilam dan katil

''Pengenalan produk baru akan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami dan kami berhasrat untuk menduduki tempat pertama dalam industri ini dalam tempoh tiga tahun lagi," katanya.

Tambahnya, Dunlopillo akan memberikan tumpuan terhadap pengiklanan dan promosi dengan pelaburan sebanyak RM5.3 juta, tahun ini bagi memperkenalkan lagi beberapa kempen dan produk baru menjelang Jun ini.

''Kami akan melancarkan antara tiga hingga empat produk lagi meskipun berdepan dengan kelembapan ekonomi," katanya.

Beliau berkata, produk yang ditawarkan akan memberi nilai kepada wang dan dijual pada harga yang berkemampuan.

''Kami bakal melancarkan promosi kejutan harga ekoran harga bahan mentah juga telah menurun dengan mendadak," jelasnya.

Sejajar dengan perancangan tersebut, Dunlopillo akan menambah bilangan pengedar sebanyak 50 hingga 100 di Malaysia pada tahun ini daripada 500 setakat ini, katanya lagi.

Selain itu, katanya, Dunlopillo juga memiliki antara 10 dan 11 Dunlopillo Suite yang hanya menjual produk Dunlopillo sahaja.

''Kami juga bercadang membuka sebuah Orthorest Suite yang hanya menjual tilam Orthorest di Kota Damansara dalam tiga bulan akan datang sekali gus mengukuhkan jenama ini," terangnya.

Orthorest adalah jenama di bawah kumpulan Dunlopillo yang dijual pada harga antara RM300 hingga RM3,000 manakala tilam Dunlopillo berharga antara RM1,200 hingga RM23,000.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu kembali menembusi pasaran industri perhotelan pada tahun ini selain perniagaan sedia ada.

''Ini kerana, sebelum ini lesen produk Dunlopillo diberikan kepada syarikat lain, tetapi setelah berada di bawah naungan Sime Darby, kami yakin dapat menembusi pasaran itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.