Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 23/02/2009
Tiada cadangan pinda Perkara 11(1) Perlembagaan

Tiada cadangan pinda Perkara 11(1) Perlembagaan

23/02/2009 5:50pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Dewan Rakyat hari ini diberitahu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes Azlina Jailani atau Lina Joy jelas menunjukkan bahawa seseorang Islam tidak boleh keluar daripada agama Islam sesuka hatinya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan tidak bercadang meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan ekoran keputusan kes itu.

Beliau berkata sekiranya kebebasan sedemikian diberikan sudah pasti akan huru-hara keadaan umat Islam dan akan menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Hak kebebasan beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan tidaklah boleh ditafsirkan dengan begitu meluas sehingga meliputi hak kebebasan seseorang Islam untuk memilih dan menukar agama pada bila-bila masa sesuka hatinya.

“Bagi orang Islam yang berhasrat untuk keluar daripada agama Islam, orang itu perlulah mendapatkan perintah atau pengisytiharan terlebih dahulu daripada Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa sepertimana yang diperuntukkan di bawah enakmen Pentadbiran Agama Islam di negeri-negeri,” katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN