ARKIB : 21/02/2009
IRDA pohon peruntukan RMK10
JOHOR BAHRU 20 Feb. - Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) sedang dalam peringkat mengemukakan permohonan peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) kepada kerajaan pusat bagi meneruskan projek pembangunan Iskandar Malaysia.
Pengarah Eksekutifnya, Harun Johari berkata, terdapat beberapa projek yang akan ditumpukan IRDA menerusi peruntukan RMK10 termasuk pelaksanaan sistem pengangkutan dan pelan keselamatan.
"Proses mengemukakan permohonan peruntukan kepada pusat sedang diusahakan kerana pembangunan Iskandar Malaysia perlu dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan seperti dalam pelan induknya," katanya selepas taklimat bulanan IRDA di sini hari ini.
Selain itu, Harun berkata, pihaknya sedang melaksanakan projek infrastruktur di Iskandar Malaysia dengan tumpuan kepada pelan pengurusan trafik, pemeliharaan alam sekitar dan penekanan keselamatan yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup penduduk, peniaga dan pelabur.
"Bagi meningkatkan kualiti hidup itu, IRDA yang diamanah melaksanakan projek infrastruktur yang dijadual siap pada 2011 berkenaan komited menggunakan amalan terbaik berasas piawaian antarabangsa," katanya.
Sebagai langkah proaktif pelaksanaan pelan pengurusan trafik, katanya satu percubaan aliran trafik telah diadakan dua hari lepas bermula 7 pagi hingga 8 malam yang membabitkan Jalan Lingkaran Dalam, Jalan Kolam Air, Jalan Yahya Awal, Jalan Air Molek dan Jalan Skudai.
Menurut Harun, percubaan yang sama juga akan diadakan di Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi bulan depan sebelum disusuli percubaan laluan dari Bandar Senai ke persimpangan lapangan terbang.
"Bagi mengekalkan alam sekitar, kerja-kerja telah dilakukan bagi memindahkan 530 batang pokok daripada 770 pokok di Jalan Lingkaran Dalam, Jalan Kolam Air dan Jalan Skudai-Senai," katanya.
Bagi mengawal pencemaran bunyi pula, Harun berkata, teknik penanaman cerucuk lebih senyap telah digunakan bagi menggantikan penukul hidraulik yang menghasilkan bunyi bising dan gegaran kuat. - BERNAMA
OCBC semak semula KDNK kepada 5 peratus
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang maju
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Ekonomi tumbuh 4.1%
FPM perkukuh perniagaan baja
Penglibatan dalam TPP penting - MITI
TM komited jadi pemangkin PKS
Gas Malaysia dapat bekalan tambahan
CIMB hadapi kesukaran kuasai bank Filipina
Sukuk Sime Darby terima status Emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









