Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 20/02/2009
Shahrizat sah tanding, Kamilia menang

Shahrizat sah tanding, Kamilia menang

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Sah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Perkembangan terbaru menunjukkan Shahrizat menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Mac ini.

Ini bererti, perebutan jawatan nombor satu dalam pergerakan itu akan menyaksikan pertarungan sengit antara Shahrizat dan Tan Sri Rafidah Aziz yang menyandang jawatan tersebut.

Jurucakap Pejabat Setiausaha Agung UMNO ketika dihubungi mengesahkan keputusan Shahrizat untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan itu.

Katanya, borang pengesahan penerimaan dan penolakan jawatan yang dikembalikan oleh Shahrizat baru-baru ini menunjukkan beliau menolak untuk bertanding jawatan Naib Ketua dan ahli MT .

“Perkara ini dapat disahkan daripada jawapan beliau melalui borang pengesahan penerimaan dan penolakan pencalonan jawatan bagi tempoh tiga tahun (2008–2011) yang dipulangkan baru-baru ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN