VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
KELUARGA

ARKIB : 16/02/2009

Ingin miliki gazebo

DULU halaman rumah Melayu biasanya terdapat pangkin, tempat ahli keluarga duduk bersantai pada petang hari sambil menghirup udara segera.

Kini, di kalangan orang bandar pula trend memiliki gazebo atau bahasa mudahnya wakaf yang dipasang di laman atau taman rumah mereka. Pelbagai bentuk saiz dan reka bentuk kini dijual bagi mengindah dan memanfaatkan lagi ruang tersebut.

Mengapa perlu ada gazebo?

Gazebo adalah cara terbaik bagi anda sekeluarga menikmati suasana segar di luar rumah.

Anda boleh menikmati minum petang di gazebo dengan meletakkan set kerusi dan meja taman.

Gazebo juga lokasi paling sesuai untuk mengadakan majlis seperti hari jadi mahupun perkahwinan yang berkonsep majlis dalam taman.

Di mana sepatutnya diletakkan Gazebo?

Setelah memutuskan untuk memiliki gazebo perkara pertama yang perlu difikirkan ialah sudut mana di laman atau taman anda ia patut diletakkan. Ramai memilih penjuru laman supaya gazebo tersebut tidak menganggu ruang lalu-lalang dan kerana mahu memaksimumkan ruang laman yang cukup berharga

Namun, mungkin juga anda mahu gazebo tersebut menjadi objek yang lebih menonjol di taman anda. Pilihan di tangan anda, buatlah yang terbaik untuk mengindahkan laman .

Apakah bentuk gazebo yang terbaik?

Apabila berbincang dengan ahli landskap profesional mengenai gazebo, mereka biasanya mencadangkan kepada pemilik rumah memilih reka bentuk gazebo yang sepadan dengan struktur kekal lain seperti garaj, rumah dan lain-lain bangunan di sekeliling. Matlamatnya ialah kehadiran gazebo itu dapat mengindahkan lagi keseluruhan pemandangan rumah anda.

Apakah jenis gazebo yang patut dipilih?

Gazebo sekarang ini semakin popular dan banyak ditawarkan di kedai-kedai hiasan taman, rangkaian kedai pembekal barang binaan atau boleh juga menempah secara online di Internet.

Berhati-hati pilih bumbung gazebo di rangkaian kedai-kedai tersebut memandangkan biasanya ia tidak cukup berat dan mudah diterbangkan angin.

Kebanyakan gazebo diperbuat daripada kayu yang lebih cantik dan berkualiti tetapi kosnya juga lebih mahal. Begitupun, sekarang ini ada juga yang memilih gazebo besi yang lebih padu dan berat, tetapi ia mungkin hanya sesuai untuk majlis-majlis besar seperti gazebo untuk perkahwinan.

Gazebo besi juga mempunyai kelebihan. Selain tahan lama jika dijaga dengan baik, ia juga mudah ditukar catnya supaya kelihatan baru dan segar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.