VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KAMPUS

ARKIB : 14/02/2009

132 pelajar Universiti Malaya lanjut pelajaran ke Jepun


PARA pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus RPKJ sesi 2008/2009 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Seramai 132 pelajar Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ) kumpulan ke-26 Universiti Malaya akan melanjutkan pelajaran ke Jepun awal April ini.

Pro-Canselor Universiti Malaya, Datuk Seri Dr. Aishah Ong berkata, Jepun adalah model terbaik untuk dijadikan landasan bagi melahirkan lebih banyak pelajar kelas pertama.

Katanya, negara matahari terbit itu terkenal dengan nilai-nilai seperti berdisiplin, rajin berusaha, komited dan berfikiran kolektif termasuk pencapaian cemerlang dalam bidang keilmuan yang patut dicontohi.

Justeru itu, menurut beliau, seramai 2,855 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah dihantar ke Jepun sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 1982.

"Penghantaran pelajar ke Jepun ini selaras dengan Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bertujuan untuk mempraktikkan pemodenan industri terpilih dan budaya terbaik yang dicipta Jepun di Asia Timur," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Tamat Kursus RPKJ sesi 2008/2009 di Universiti Malaya di sini semalam.

Turut hadir Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie, Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ghauth Jasmon dan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA, Datin Rossila Ahmad Mokhtar.

Menurut Aishah, para pelajar kali ini akan ditempatkan di beberapa universiti terkenal di Jepun dalam pelbagai bidang sains moden dan teknologi.

"Sesetengah pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang akan dikhususkan dalam bidang perubatan profesional, pergigian dan farmasi di Jepun.

"Oleh itu, mereka perlu mengambil kesempatan ini sebaik mungkin untuk menimba sebeberapa banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan di sana," katanya.

Pada majlis yang sama, seramai lima pelajar cemerlang program tersebut dianugerahkan Hadiah Buku Lembaga Tabung Amanah Sojitz.

Mereka ialah Nur Afiqah Adilla Nawi, Atiqah Mohd. Abu Bakar, Nur Amalia Alias, Mohd. Nazirul Hafiz Jaafar dan Mohd. Syahid Mohamad Ya'akob.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.