Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 14/02/2009
Elak makan kerang, siput

Elak makan kerang, siput

KOTA KINABALU 13 Feb. - Orang ramai di negeri ini dinasihatkan supaya tidak memakan kerang dan siput laut pada waktu ini, selepas kejadian air merah (red tide) dikesan di kawasan perairan Pantai Barat negeri baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, orang ramai juga perlu berhati-hati ketika memakan makanan laut lain dalam tempoh terdekat ini kerana dikhuatiri hidupan laut itu turut tercemar.

'''Kajian yang dijalankan mendapati kandungan toksin pada kerang seperti kupang, tiram dan lain-lain makanan siput laut meningkat.

"Kandungan toksin ini boleh menyebabkan keracunan makanan laut itu akan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang membahayakan kepada kesihatan,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesan awal akibat memakan makanan laut yang tercemar ini termasuklah rasa loya, kebas, pening dan sakit kepala.

Sehubungan itu katanya, sesiapa yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan itu perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin di pusat kesihatan berhampiran.

Marzukhi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri akan memaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa tentang perkembangan terkini dan menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati.

'''Jika terdapat sebarang masalah terutama selepas memakan makanan laut itu hubungi Pejabat Kesihatan Daerah dengan segera,'' katanya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN