VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
POLIS & TENTERA

ARKIB : 10/02/2009

Tragedi tanah runtuh meruntun hati Shamsudin


SHAMSUDIN Ali belajar menembak semasa menjadi pelatih di Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta, Perak.


PERISTIWA menyayat hati itu berlaku pukul 4.45 petang 31 Mei 2006. Meskipun sudah hampir tiga tahun berlalu, Cif Inspektor Shamsudin Ali masih tidak dapat melupakan kejadian tersebut.

Pada awal kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir, Hulu Klang itu, mayat seorang wanita tua serta tiga cucunya yang tertimbus berjaya ditemui.

Selang dua hari, mayat dua beranak iaitu seorang ibu dan anak perempuan ditemui dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain.

“Kejadian itu memang menyayat hati, dalam operasi pencarian yang terakhir, saya menemui mayat Hayati Mat Yunus, 30, dan anaknya Herlina, 3, yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.

“Ketika ditemui, saya lihat mayat wanita itu (Allahyarham Hayati) memeluk erat anaknya dan tangan kanan si ibu terkulai seperti sudah tidak mampu lagi untuk meminta tolong.

“Itulah peristiwa yang meruntun hati saya. Sesiapa sahaja yang terlibat dalam operasi menyelamat dalam kejadian tanah runtuh itu pasti akan merasai apa yang saya rasa,” kata Shamsudin, 46, dalam ditemubual di pejabatnya di Balai Polis Trafik Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Shamsudin pernah menjadi Pegawai Keselamatan Peribadi (PSO) kepada beberapa pemimpin negara luar yang menghadiri persidangan antarabangsa di negara ini.

Malah, beliau pernah mengikuti rombongan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Bangkok, Thailand pada Januari 2004.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi pegawai pengiring rapat kepada menteri-menteri serta orang kenamaan dalam majlis atau persidangan besar yang diadakan di Malaysia.

Antaranya, Sukan Komanwel pada tahun 1998, Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 1998, Muktamar Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam ke-7 pada tahun 2002 dan Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Ke-13 tahun 2002.

Anak sulung ini dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 24 Julai 1963, dibesarkan oleh datuk saudaranya di Tanah Merah.

Shamsudin mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Tanah Merah yang kini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria pada tahun 1970 dan berakhir di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah.

Kematian ibunya pada usia muda serta kemelaratan hidup memaksa beliau berusaha keluar dari kepompong tersebut dengan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah tamat persekolahan pada tahun 1981.

Ketika itu, beliau menumpang di rumah saudaranya di Kuala Lumpur dan bekerja kilang di Jalan Genting Klang, Setapak.

Shamsudin kemudian memohon beberapa jawatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau bertekad, mana-mana jabatan yang memanggilnya terlebih dahulu, akan disahut.

Pada 4 April 1982, beliau menerima tawaran PDRM untuk berkhidmat di jabatan tersebut sebagai Konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, walaupun pada asalnya beliau kurang berminat dengan kerjaya ini.

Setelah tiga bulan di Pulapol, beliau diarah menyertai Kursus Latihan Asas Pasukan Polis Hutan (PPH), kini dipanggil Pasukan Gerakan Am (PGA) di Ulu Kinta, Perak dan pernah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Teori.

Kemudian, beliau ditugaskan sebagai pembantu jurulatih di Sekolah Latihan PPH di tempat yang sama dalam cawangan Demo Kompeni bermula pada 16 Oktober 1982. Tugas pembantu ini adalah sebagai model kepada pelatih-pelatih baru dan juga memudahkan pengajaran jurulatih.

Pada tahun 1988, beliau ditugaskan di cawangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di tempat yang sama dan dinaikkan pangkat pada tahun 1994 sebagai Koperal di Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta.

Genap 15 tahun dalam PDRM iaitu pada 4 April 1997, Shamsudin menghadiri temuduga untuk kenaikan pangkat sebagai Inspektor Percubaan. Beliau berjaya dan menjalani latihan semula di Pulapol.

Enam bulan kemudian, beliau ditukarkan ke Cawangan Khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam, Selangor dalam bahagian Inteligen Keselamatan (E6) dan melakukan tugas-tugas PSO.

Kemudian, beliau dinaikkan pangkat di IPK tersebut dan menjalankan tugas sebagai Inspektor pada tahun 2003.

Pada tahun 2005, beliau sekali lagi dinaikkan pangkat sebagai Cif Inspektor Pentadbiran (Pegawai Penguat Kuasa Trafik) di Balai Polis Trafik Ampang Jaya sehingga sekarang.

Hasil perkahwinannya dengan Ratna Devi Gani, 42, pasangan itu dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nurul Atiqah, 20; Faridatul Nadiah, 18; Mohd. Zulfadli, 14; Fatin Najwa, 7; Mohd. Najmi Ali, 6 dan Mohd. Dini Syazwani Ali, 2.

Ditanya mengenai perancangan pada masa depan, Shamsudin berharap dapat membawa keluarganya mengerjakan haji serta berpindah ke Perak untuk meneruskan kehidupannya bersama keluarga yang tersayang.

“Saya amat mengagumi kepimpinan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beliau seorang yang berpandangan jauh,” katanya ketika ditanya mengenai idola yang dikaguminya.

Beliau berharap mereka yang ingin menjadikan polis sebagai kerjaya supaya mengorbankan masa dan tenaga mereka kepada PDRM kerana kerjaya ini memerlukan komitmen yang tinggi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.