VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 08/02/2009

Apabila Upin dan Ipin masuk pawagam

Bermula 12 Februari ini, filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula akan menemui penonton. Ini dapat dilihat sebagai satu percubaan berani kerana mempertaruhkan filem animasi untuk tayangan umum.

Ini kerana walaupun banyak filem animasi dari Hollywood mendapat sambutan hebat di negara ini tetapi filem animasi tempatan kurang diberi sambutan.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula mempertaruhkan watak Upin dan Ipin, Badrol, Lim, Rajoo, Ros dan Oopet sebagai teraju utamanya. Filem ini membawa penonton menerokai pengembaraan animasi yang diterbitkan oleh Les Copaque Production.

Filem animasi 3D yang menelan belanja RM4 juta ini merupakan mengisahkan tentang pengembaraan sekumpulan rakan-rakan yang berjaya menyelesaikan masalah yang membelenggu Kampung Durian Runtuh.

Penduduk yang mempercayai kewujudan raksasa yang sering mengganas di kampung mereka pada waktu malam. Namun begitu, tidak ada sesiapa yang berani merungkai apa yang sebenarnya yang menghantui mereka selama ini.

Sehinggalah Badrol, Lim dan rakan baru mereka telah berjumpa dengan Oopet, satu makhluk yang comel yang jinak dan membawa mereka mengembara ke dalam dunia fantasi yang penuh warna warni.

Sebenarnya, idea untuk memperkenalkan Upin & Ipin dalam Geng bukanlah dengan tidak sengaja. Malah, Upin & Ipin memang berada di dalam filem Geng sejak dulu lagi. Semasa Geng masih di dalam produksi, ramai memuji watak kembar ini selepas melihat segutan filem itu.

Ini memberi idea kepada Les' Copaque untuk membuat sebuah siri mini Upin & Ipin untuk melihat reaksi pasaran tempatan terhadap animasi. Siri ini merupakan sebuah kejayaan besar dan ia mendapat sejumlah 1.5 juta penonton untuk TV9 apabila ia disiarkan pada bulan Ramadan tahun lalu. Siri ini adalah tentang pengalaman adik-beradik ini semasa berpuasa.

Sebanyak dua musim telah pun disiarkan dan yang ketiga masih di dalam produksi dengan lebih banyak kisah berkenaan aktiviti-aktiviti mereka berdua. Malah dengan kejayaan Upin & Ipin, Les' Copaque memberi lebih banyak fokus kepada dua adik beradik ini di dalam filem Geng: Pengembaraan Bermula untuk memuaskan hati penonton.

Siri mini ini juga telah disiarkan di Indonesia dan Turki serta ada permintaan dari beberapa negara lain. Pada masa yang sama, ini semua menolong menarik minat orang ramai kepada filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Les' Copaque terdiri dari 100 peratus karyawan tempatan. Semua bermula dari tiga graduan Universiti Multimedia Malaysia, Mohd. Nizam Abd Razak, Muhammad Usamah Zaid dan Mohd Safwan Abd Karim. Pada mulanya, mereka kurang pengalaman untuk membuat sebuah filem sendiri dan mengambil masa setahun untuk membuat penyelidikan termasuklah membuat praproduksi dan juga menyelidiki teknologi yang diperlukan untuk produksi.

Hasilnya ialah sebuah 'sneak peek' filem Geng dan ditunjuk kepada penonton untuk mendapat maklum balas. Filem pendek ini berjaya memenangi tiga anugerah dalam Anugerah Filem Pendek 2006 termasuk Filem Pendek Terbaik.

Ini telah menaikkan semangat Les' Copaque untuk meneruskan produksi filem ini. Satu lagi hasil daripada penyelidikan ialah system pipeline 3D khas untuk produksi Geng yang menolong Les' Copaque untuk membuat animasi dengan kualiti yang tinggi dengan jangkamasa yang singkat.

l Sasar RM10 juta

Bagi pengarah filem ini, Mohd. Nizam Abd. Razak, dia menyasarkan kutipan RM10 juta bagi filem tersebut. Mungkin ramai yang melihat ini sebagai sesuatu yang kurang realistik, namun keyakinan Nizam berasas berpandukan kepada reaksi awal para penonton.

"Memang besar sasaran kita untuk filem animasi ini. Mungkin ada yang akan mengatakan ia tidak dapat menandingi filem-filem ceraka biasa. Tapi, kita harus juga melihat kepada pengaruh watak Upin & Ipin yang sememangnya dikenali ramai.

"Bagi saya Upin & Ipin sememangnya watak yang dekat di hati penonton. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga meminati watak Upin & Ipin," jelas Nizam.

Kata Nizam, kekuatan filem ini tidak hanya terletak kepada aspek pembininan malah turut merangkumi jalan cerita yang lebih baik dari siri Upin & Ipin selama ini.

"Melalui previu sebelum ini, kebanyakan penonton memang menyukai aspek pengembaraan yang kita pertaruhkan kali ini. Kami juga tidak sekadar membuat filem animasi syok sendiri dan memang sebelum ini kita dah terima banyak komen daripada orang ramai.

"Kita menyasarkan filem ini untuk tontonan seisi keluarga. Apabila anak-anak mahu ke panggung melihat Geng: Pengembaraan Bermula sudah pasti ibu bapa akan turut serta. Rasanya kalau ini berlaku akan meningkatkan lagi kutipan," kata pengarah berusia 24 tahun ini.

Bagi Nizam, dia yakin filem ini bukan sahaja akan ditonton oleh orang Melayu sahaja tetapi bakal disambut baik oleh orang bukan Melayu kerana filem itu turut mempertaruhkan watak bukan Melayu juga.

Filem Silat Lagenda, Putih dan Budak Lapok merupakan filem animasi yang pernah mencuba nasib ke pawagam tetapi kurang mendapat sambutan penonton. Adakah filem Geng: Pengembaraan Bermula juga akan menemui nasib yang sama?

Jika filem animasi barat seperti Madagascar mendapat sambutan hangat, tidak ada salahnya untuk kita juga menyokong industri filem tempatan yang kita miliki sekarang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.