VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/02/2009

Polis Marin kini Pasukan Gerakan Marin


SYED Hamid Albar menunjukkan lencana baru yang dipakai oleh para pegawai Marin di Pusat Latihan Polis Marin, Johor Bahru, semalam. Turut kelihatan Musa Hassan dan Hussin Ismail.


JOHOR BAHRU 6 Feb. - Pasukan Polis Marin hari ini ditukar namanya kepada Pasukan Gerakan Marin bagi memperkasakan lagi pasukan itu supaya lebih sensitif, progresif dan inovatif untuk berbakti kepada masyarakat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, perubahan nama tersebut amat bertepatan untuk memperluaskan lagi peranan pasukan tersebut.

Katanya, selain berfungsi sama seperti balai dan pondok polis biasa, pasukan ini juga mengambil alih pondok polis di pulau, tasik, persisiran pantai dan sungai.

''Mulai 24 November 2008, sebanyak 41 buah pengkalan polis marin di seluruh negara telah ditambah fungsi, peranan dan tugas untuk menjadi Balai Polis Pantai dan Pondok Polis Pantai,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pengisytiharan nama baru Pasukan Polis Marin kepada Pasukan Gerakan Marin di Pusat Latihan Marin (Pulamar) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail.

Syed Hamid berkata, selain itu, tugas mengawal keselamatan yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di pulau dan perairan Sabah turut diambil Pasukan Gerakan Marin.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya berkata, pasukan marin tersebut telah melalui beberapa proses pembaharuan termasuk aspek fungsi, tanggungjawab, infrastruktur bagi memperkukuhkan lagi teras kepolisian.

Musa berkata, pasukan tersebut turut komited dalam usaha memperkukuhkan kawalan keselamatan di seluruh perairan negara melalui operasi rondaan dan tangkapan.

''Dari segi kes, sepanjang tahun 2006 sebanyak 2,803 kes dan pada tahun 2007 sebanyak 2,814 manakala tahun lalu sebanyak 4,127 tangkapan atas pelbagai kesalahan," katanya.

Katanya, kejadian rompakan dan lanun di perairan negara ini terutama di Selat Melaka, Laut China Selatan, Selat Johor dan Selat Sabah turut dikawal oleh pasukan tersebut.

''Pada tahun 2006 sebanyak 11 kes, 2007 sebanyak lapan kes dan tahun lalu enam kes rompakan ke atas bot nelayan dilaporkan.

''Bagaimanapun dengan tindakan proaktif Pasukan Polis Marin dengan kerjasama agensi lain kejadian ini dapat dikawal,'' katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.