VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 06/02/2009

ASEAN perlu tangani halangan bukan tarif

KUALA LUMPUR 5 Feb. - ASEAN, sebagai sebuah kumpulan, perlu menangani, mengurangkan atau menghapuskan bentuk-bentuk halangan bukan tarif yang lain bagi mengekalkan daya tarikannya kepada rakan perdagangan utama dan negara pelabur, khususnya ketiga-tiga negara Asia Timur iaitu China, Jepun dan Korea, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

Halangan bukan tarif untuk berdagang ini mengurangkan keuntungan bagi ASEAN dalam bentuk penghapusan duti dan insentif yang ditawarkan kepada pelabur, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Amat penting bagi negara-negara anggota ASEAN melaksanakan komitmen masing-masing bagi mengurangkan dan menghapuskan duti import, membuka sektor perkhidmatan dan pelaburan masing-masing, menyeragamkan proses kawal atur dan pendaftaran serta langkah-langkah lain. Pelaksanaan komitmen ini akan mempermudah penyepaduan ekonomi rantau ini seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC)," katanya.

Kementerian itu berkata, pelaksanaan komitmen-komitmen ini juga akan membolehkan perniagaan di rantau ini memperluas aliran perdagangan dan pelaburan sesama negara anggota ASEAN.

Miti berkata, ASEAN juga harus mempercepat liberalisasi perkhidmatannya agar terus boleh diyakini dan meningkatkan keupayaannya menarik pelaburan langsung asing (FDI).

Menurut kementerian itu, pada masa ini pergerakan ke arah liberalisasi progresif tidak cukup pesat kerana perkhidmatan perlu bergerak cepat sebagai pengupaya untuk mempermudah pergerakan pantas barangan merentasi sempadan.

"Pembukaan perdagangan perkhidmatan dalam ASEAN membuka peluang yang sangat luas bagi penyedia perkhidmatan ASEAN. Syarikat-syarikat Malaysia telah pun mengambil kesempatan daripada liberalisasi sektor-sektor seperti pembinaan, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan," katanya.

Selain inisiatif penyepaduan ASEAN, kata Miti, pelaksanaan perjanjian perdagangan bebas (FTA) ASEAN-China, ASEAN- Korea, ASEAN-Jepun dan FTA dengan India, Australia dan New Zealand yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, menjadi pelengkap kepada inisiatif penyepaduan serantau melalui usaha ke arah menjadikan ASEAN sebuah lokasi yang menarik bagi pengaliran masuk FDI, dan menawarkan pasaran serantau yang luas bagi negara-negara anggotanya dan rakan perdagangan yang lain. Pada 2007, pelaburan sesama negara ASEAN berjumlah A$8.2 bilion (RM29.52 bilion). Pengaliran masuk FDI juga menyaksikan peningkatan perdagangan global ASEAN kepada AS$1.6 trilion (RM5.76 trilion) pada 2007.

Perdagangan sesama negara ASEAN, yang pada puratanya merupakan seperempat jumlah perdagangan tahunan ASEAN, meningkat daripada AS$352.8 bilion (RM1.27 trilion) pada 2006 kepada AS$404.3 bilion (RM1.46 trilion) pada 2007, iaitu bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak 14.6 peratus. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.