VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
AGROBIZ

ARKIB : 30/01/2009

Jaringan pelajar pertanian antarabangsa


Rohani Abdul Karim beramah mesra dengan peserta simposium pada Simposium Antarabangsa Pelajar Pertanian 2009 di Serdang, baru-baru ini.


Simposium Antarabangsa Pelajar Pertanian 2009 (IASS 2009) di Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini telah membentuk jaringan ilmu dan pengalaman pelajar pertanian.

Simposium berkenaan membincangkan pelbagai aspek, permasalahan dan cabaran pertanian di samping melahirkan usahawan pertanian.

Seramai 200 orang pelajar dari lima buah universiti tempatan dan antarabangsa telah menyertai simposium yang pertama kali diadakan anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Pertanian (Permatani) dan Fakulti Pertanian UPM, baru-baru ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Persatuan Pelajar Pertanian Antarabangsa dan Tabung Haji Plantations Berhad.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim dalam ucapan perasmiannya berkata, sektor makanan berasaskan pertanian mempunyai potensi besar dalam menangani krisis makanan global.

"Keperluan itu akan ditentukan oleh usahawan pertanian sendiri terutama memastikan pengeluarannya mencukupi dengan harga berpatutan," katanya.

Sementara itu wakil IASS Asia, Ibnu Sina Jaelani dari Indonesia berharap simposium akan datang disertai lebih banyak universiti dari negara ASEAN kerana setakat ini majoriti penyertaan organisasi antarabangsa di kalangan universiti Eropah.

Pelajar Jepun dari Niigata Universiti, Mitsue Sakamaki, 25, berkata, simposium itu memberinya peluang berkongsi pengalaman mengenai teknologi pertanian terkini di negaranya ke arah pertanian lestari yang mampu menyediakan makanan mencukupi.

Selain UPM, peserta dari Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kasetsart, Thailand; Universiti Niigata, Jepun dan Universiti Pertanian Bogor, Indonesia telah menyertai simposium selama 10 hari itu.

Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah lawatan sambil belajar, kunjungan ke kawasan pertanian serta tempat menarik sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.