VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 28/01/2009

Produk hiasan jerami padi


abdul Rahman Sani Abdullah menunjukkan produk yang dihasilkan manakala gambar kecil, serat jerami padi yang dikeringkan sebelum diproses menjadi produk berasaskan jerami di Kompleks Kraf, Kepala Batas, Alor Star baru-baru ini. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN


ALOR STAR 27 Jan. – Kebiasannya, jerami padi hanya dibuang ataupun dibakar setelah petani menuai padi kerana ia tidak lagi berguna.

Hasil kreativiti anak tempatan, jerami padi kini boleh dijadikan hasil seni yang menarik dan mampu menjana pendapatan.

Abdul Rahman Sani Abdullah yang merupakan pemilik syarikat Armensa Design, berjaya membuktikan jerami padi dapat dijadikan koleksi dan hiasan dalaman rumah seperti lampu meja, bingkai gambar dan beg.

Katanya, dia mula mempelajari cara-cara membuat kertas daripada bahan-bahan serat semulajadi seperti batang pisang dan sebagainya pada tahun 2000.

‘‘Empat tahun kemudian, saya memberanikan diri memulakan perniagaan menjual barang-barang hiasan daripada jerami padi.

‘‘Akhirnya setelah mencuba pelbagai jenis serat seperti batang pisang, serai dan kenaf, saya dapati jerami padi juga boleh dijadikan kertas dan sesuai untuk gubah menjadi hiasan,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Abdullah memberitahu, Kedah yang terkenal sebagai negeri Jelapang Padi memudahkannya mendapatkan jerami padi untuk diproses sebelum dijadikan kertas.

Katanya, proses menghasilkan kertas menggunakan jerami memerlukan sedikit kesabaran kerana ianya perlu dilakukan secara berperingkat.

‘‘Peringkat pertama, jerami yang dipilih akan dibersihkan terlebih dulu, khususnya membuangkan kekotoran.

‘‘Kemudian ia akan dipotong mengikut kesesuaian saiz yang kemudiannya direbus dengan menggunakan ‘soda cautic’ bagi melembutkannya,” katanya.

Tambahnya, setelah itu, jerami tadi dituangkan di dalam tangki berair dan ditangguk menggunakan saring atau acuan.

Selepas itu, ujarnya, jerami tadi yang telah lembut dan basah dimampatkan menggunakan alat penekan sebelum ia dikeringkan.

‘‘Setelah proses pengeringan sempurna, barulah barang-barang hiasan seperti lampu tidur, kotak hiasan dan sebagainya boleh dihasilkan,” katanya.

Menurut Abdullah, sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan dan dia bercadang untuk membesarkan perniagaannya.

‘‘Lampu ini dijual pada harga RM50 ke atas dan dijual di ekspo pertanian di seluruh negara.

‘‘Saya juga ingin membuka galeri seni di negeri ini bagi memudahkan orang ramai yang meminati produk jerami padi mendapatkannya,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.