DALAM NEGERI

ARKIB : 27/01/2009
Dakap kutip RM685,860

Dakap kutip RM685,860

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Sebanyak RM685,860.41 berjaya dikutip oleh Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan Islamic Relief Malaysia (IRM) setakat ini.

Pengurus Negara IRM, Zawahir Abdullah berkata, hari ini pihaknya menerima sumbangan Kelab Myvi Malaysia Bahagian Selatan, Melaka sebanyak RM1,630.41.

''Kita berterima kasih kepada semua pihak yang terus menyalurkan sumbangan kepada Dakap bagi membantu mangsa-mangsa kezaliman tentera Israel di Gaza, diharapkan usaha ini tidak berhenti di sini sahaja,'' katanya di sini hari ini.

Sementara itu di MELAKA, Ketua Kelab Myvi Malaysia Bahagian Selatan Melaka, Khairil Shah Anuar, 25, tidak menyangka konvoi sempena menghadiri kenduri kahwin salah seorang ahli mereka, bertukar menjadi Konvoi Amal Dana Kemanusiaan Palestin.

Beliau berkata, idea konvoi amal itu tercetus ketika membaca akhbar Mingguan Malaysia minggu lalu.

Menurutnya, dia bersama 28 ahli lain merancang untuk menyumbang ke tabung Dakap sebagai tanda prihatin meringankan beban rakyat Palestin.

"Berbekalkan senaskhah akhbar itu, saya kemudiannya menghubungi IRM untuk menyatakan hasrat membantu.

"Alhamdulillah, dalam masa singkat, IRM membantu menyediakan tabung dan keperluan lain untuk memudahkan kutipan dana," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan kepada Ketua Kewangan dan Pentadbiran IRM, Farouq Zauji di Rumah Anak Yatim PAYASUM, Sungai Udang, Melaka hari ini.

Tambah Khairil, konvoi tiga hari bermula Sabtu lalu disertai 25 buah Myvi dan 28 ahli yang membawa 10 tabung Dakap.

"Bermula di Plaza Tol Skudai, kami berhenti di kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Machap bagi mengadakan kutipan tabung itu selain mengedarkan risalah tabung Dakap.

"Kami juga membuat kutipan di Eye On Malaysia Melaka dan beberapa kawasan lain," katanya.

Tambahnya, walaupun berasa penat, mereka juga bersyukur kerana dapat menamatkan Konvoi Amal Dana Kemanusiaan Palestin dengan selamat.

"Inilah yang dapat kami sumbangkan kepada rakyat di Palestin sebagai tanda keprihatinan dan hasil sumbangan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian dengan mendepositkan wang ke akaun IRM menerusi akaun Maybank 5621-4270-8704 atau akaun CIMB 1259-0000-8040-58 atau cek berpalang atas nama Islamic Relief Malaysia Berhad.

IKLAN@UTUSAN
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:14
Asar 4:16
Maghrib 7:17
Isyak 8:26
 
IKLAN@UTUSAN


IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
IKLAN@UTUSAN
Untitled Document
Utusan Online on Facebook