VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 24/01/2009

Pesta Kalimaran diperbaharui


remaja mURUT tAGHOL BERPAKAIAN TRADISIONAL SELEPAS MENGADAKAN LATIHAN SEMPENA PERSIAPAN MENYAMBUT pESTA kALIMARAN BAru-baru ini.


TENOM 23 Jan. - Suku kaum Murut yang merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, sememangnya sarat dengan identiti tersendiri yang merangkumi aspek tradisi, adat, budaya, kesenian, bahasa dan perayaan.

Sekiranya masyarakat Kadazan dan Dusun meraikan Pesta Kaamatan (pesta menuai), Pesta Kalimaran pula sinonim bagi orang Murut yang sudah menjadi kemestian untuk meraikannya.

Pesta itu diilhamkan oleh bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Sabah pada era 80-an, Datuk Kadoh Agundong, bagi memastikan keunikan warisan Murut terus hidup dan dihargai umum.

Pesta Kalimaran atau dikenali sebagai Pesta Kesenian di kalangan masyarakat setempat, diraikan secara turun temurun mengikut adat dan tradisi kaum itu sejak dahulu lagi.

Tujuan pesta tersebut adalah mempamer dan menghidupkan budaya serta kesenian Murut supaya ia terus kekal khususnya dalam jiwa golongan muda yang kini semakin 'jauh' dengan asal usul.

Pelbagai kraftangan, makanan dan tarian tradisi Murut yang terdapat di Tenom dipertontonkan termasuk simbol-simbol lama dalam bentuk lukisan di mana ia masih digunakan di sesetengah rumah Murut.

Bagaimanapun, pesta tersebut pada era moden ini bukan sekadar perayaan tradisional tetapi sudah menjadi majlis keramaian yang bersifat komersial.

Sebelum ini, Pesta Kalimaran diadakan khusus di beberapa penempatan masyarakat Murut sahaja dan tidak dimasukkan dalam kalendar pelancongan Sabah atau Malaysia.

Namun setelah Pusat Kebudayaan Murut siap dibina pada 1994 di kawasan seluas 15 hektar yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Pekan Tenom dengan kos RM10.4 juta, penganjurannya dilakukan di situ.

Setiap tahun kerajaan negeri akan menyalur peruntukan ratusan ribu ringgit untuk penganjuran pesta tersebut yang bertujuan menjadikannya salah satu produk pelancongan di Sabah.

Sejak kebelakangan ini, pesta itu yang secara tradisinya diraikan selama dua hari berturut-turut, dilihat kurang mendapat sambutan dan kebanyakan pengunjung yang datang adalah pelancong asing.

Bagi menjadikan pesta tersebut segar dan menarik pada 4 dan 5 April ini, pihak yang bertanggungjawab mengendalikannya iaitu Jawatankuasa Induk Pesta Kalimaran 2009, berhasrat membuat kelainan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Wilfred Madius Tangau memberitahu, antara kelainan yang akan diperkenalkan ialah cabutan pertandingan pakaian tradisional dan hadiahnya ialah seekor lembu.

Selain itu, katanya, cabutan tiket bertuah juga akan diadakan.

"Hadiah ini akan diberi kepada pemenang pertandingan pakaian tradisional. Pertandingan itu dibahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan, mereka akan menerima hadiah yang berasingan.

"Pertandingan dan cabutan tiket bertuah adalah kali pertama dan belum pernah diadakan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada sesi latihan sempena pesta itu di Rumah Kebudayaan Murut baru-baru ini.

Beliau berkata, jika sebelum ini pesta itu hanya menampilkan satu daripada lapan kumpulan pecahan etnik Murut pada setiap tahun mengikut giliran tetapi pada kali ini berbeza.

Jelas Wilfred, bagi sambutan kali ini pihaknya akan menampilkan semua lapan kumpulan etnik tersebut iaitu Taghol, Timugon, Kolor, Binta, Paluan, Nabai, Gana dan Sambangkong sekali gus.

"Mereka mempunyai adat dan identiti sendiri, perkara tersebut boleh dilihat menerusi seni budaya, adat resam, pakaian, makanan, minuman, kraftangan, ukiran, tarian dan muzik tradisional masing-masing.

"Setiap pecahan etnik mempunyai alat muzik dan nyanyian sendiri misalnya Paluan terkenal dengan lagu Tagunggu, Taghol (Lolondoi) Timugon (Titikas), Binta (Barasik), Gana dan Sambakong (Magagung)," katanya.

Katanya, begitu juga dengan pakaian tradisional masing-masing yang mempunyai identiti khusus tetapi secara umumnya lelaki akan bercawat merah manakala wanitanya mengenakan pakaian bermanik.

Acara kebiasaan pesta itu, katanya, akan dikekalkan seperti persembahan nyanyian, tarian, permainan gong, pertandingan ratu cantik, gerai menjual hasil pertanian dan sebagainya.

Wilfred berharap, beberapa pembaharuan yang diperkenalkan itu akan mampu menarik lebih ramai pengunjung pada kali ini supaya pesta tersebut diangkat martabatnya sama seperti Pesta Kaamatan.

"Ini adalah penting bagi meneruskan budaya Murut kerana Pesta Kalimaran adalah satu-satunya platform untuk berbuat demikian, kami harap orang ramai tidak akan melepaskan peluang ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.