VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
PEMOTORAN

ARKIB : 24/01/2009

Lamborghini takhta kemewahan


Lamborghini Gallardo model import terpakai ini dijual dengan harga RM1.3 juta di Naza Automall.


IKA jenama mewah seperti Audi, Mercedes, BMW dan Volvo seperti sudah menjadi kebiasaan rakyat negara ini, berapa kerat pula daripada kita yang sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk sebuah kereta idaman yang lebih bergaya?

Jika berkemampuan, kereta Lamborghini misalnya mungkin boleh menjadi jentera yang menjalar di garaj kereta rumah anda.

Kereta yang melambangkan kemewahan pemilik dan keseksian rupa bentuknya itu boleh dikategorikan sebagai kereta eksotik atau super mewah yang semakin popular di negara ini.

Lamborghini juga merupakan jentera paling laju dan berprestij pernah dihasilkan di dalam sejarah pemotoran yang dikatakan hanya berjumlah 60 buah sahaja di negara ini.

Model kereta yang dijual pada harga RM1.8 juta untuk model baru dan kira-kira RM1.3 untuk model import terpakai, sebahagian besarnya adalah milik kerabat-kerabat di raja.

Wow! mendekati Gallardo, salah sebuah model Lamborghini di ruang pameran Naza Motor Trading Sdn. Bhd. untuk melihat dengan lebih dekat kehebatan jentera buatan Itali itu.

Sebaik memasuki ruang pameran kereta-kereta mewah di Naza Automall, Petaling Jaya, soalan pertama yang diajukan kepada jurucakap bahagian jualan di situ adalah mengenai kehebatan Lamborghini.

Kenapa ia sangat mahal sehinggakan mampu untuk memiliki sebuah banglo mewah?

''Lamborghini adalah terjemahan dan lambang kemuncak kejayaan paling tinggi yang dimiliki seseorang.

''Sebelum memiliki Gallardo atau Murcielago LP64, seseorang itu terlebih dahulu telah mencapai semua hajat yang diimpikan,"ujarnya.

Pengalaman mendekati supercar itu boleh diibaratkan seperti mendekati seorang bintang filem yang terkemuka dan terlalu cantik. Dengan hanya dua tempat duduk, Lamborghini sebenarnya bukanlah sebuah kenderaan biasa yang praktikal dan bukan juga sekadar takhta bagi pemiliknya.

Dipacu kekuatan enjin V10 berkuasa 5,000 cc, transmisi yang digunakan Gallardo berteknologi perlumbaan Formula Satu (F1) itu mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 310 kilometer sejam.

Di luarnya, badan Gallardo disaluti kilauan metalik mewah dengan reka bentuk yang cukup seksi dan sempurna dari depan hingga ke belakang.

Bagi penulis, tiada jenama yang dapat menarik lebih perhatian daripada jenama kerbau jantan ini di jalan raya.

Daripada kejuruteraan traktor oleh Ferruccio Lamborghini pada 1960-an, reka bentuk bersegi ilham Luc Donckerwolcke itu kini mempunyai reka bentuk mirip sebuah pesawat tempur.

Untuk pembelian di Naza Automall, bayaran minimum pendahuluan supercar ini adalah 30 peratus manakala bayaran selebihnya boleh dilakukan secara pinjaman lima tahun.

Jue dan Lamborghini

Ketika ditanya mengenai kereta Lamborghini kepada Jue Aziz, 25, pelakon yang menghiasi muka depan Wow! edisi pertama ini, beliau berkata, kereta ini sememangnya eksklusif kerana reka bentuknya dan unik kerana ia tidak banyak di jalan raya.

Ketika dihubungi untuk mengadakan sesi fotografi, Jue atau nama sebenarnya Zuliana Aziz, 25, sememangnya tidak dapat menyembunyikan keseronokannya untuk menjadi model bersama kereta idamannya itu.

"Kalau kereta idaman yang termasuk dalam kategori 'harga luar kawalan' atau berjuta ringgit, Lamborghini memang antara kereta idaman Jue," kata artis yang lahir dari program realiti TV, Malaysian Most Beautiful itu.

Bagaimanapun, ketika sesi fotografi, hati Jue terpaut pula kepada kereta mewah Audi R8 yang terdapat di pusat pameran Naza Automall yang baginya sememangnya kelihatan gagah.

Pelakon yang sedang namanya semakin meniti di kalangan ppeminat drama dan filem tempatan ini juga berpendapat jika seseorang itu mampu, tidak salah mereka untuk berbelanja lebih sedikit bagi mendapatkan kereta idaman.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.