Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/01/2009
Sepandai-pandai tupai melompat

Sepandai-pandai tupai melompat

SHAH ALAM 23 Jan. – Terperanjat mendengar hukuman penjara 23 tahun dan sebatan 30 kali yang dijatuhkan sebagai balasan merogol anak kandung, seorang bapa hari ini melompat keluar dari Mahkamah Sesyen di sini untuk melarikan diri.

Tindakan spontan bapa berusia 39 tahun itu melompat keluar sejurus Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman telah menimbulkan suasana panik di dalam mahkamah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, lelaki bertubuh kecil itu pada mulanya melompat keluar dari kandang tertuduh sebelum terlanggar pintu di bahagian tepi mahkamah.

Dengan bingkas dia melompat pula melepasi palang besi dan terus terjun ke arah tebing setinggi dua setengah meter.

Tanpa memandang ke kiri dan kanan, bapa kepada lapan orang anak itu terjun pula ke kawasan tapak pembinaan yang berselut dan dipenuhi besi cerucuk tanpa menghiraukan keselamatannya.

Namun tindakan pantas beberapa anggota polis yang mengejar sambil menjerit ‘‘Tangkap! tangkap!’’ ke arah beberapa pekerja kontrak di kawasan projek pembinaan bangunan tambahan mahkamah itu, telah membantutkan hasrat tertuduh.

Lelaki itu akhirnya berjaya ditangkap dengan bantuan pekerja binaan yang terus mengikatnya dengan tali sebelum digari oleh anggota polis yang mengejarnya.

Terdahulunya selepas mendengar rayuan lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah lampau, Hasbi menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun dan sebatan 30 kali bagi setiap tiga tuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman tersebut berjalan secara serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 13 April 2008.

Dia mengaku melakukan perbuatan sumbang mahram ke atas mangsa yang berusia 13 tahun enam bulan pada pukul 12 tengah hari, 2 Mac 2008 di rumah mereka di Gombak. Ketika itu, isterinya tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN