ARKIB : 22/01/2009
Alat muzik bahan terbuang
![]() |
|
Kumpulan Sanggar Budaya membuat persembahan menggunakan peralatan muzik yang dibuat daripada bahan terbuang pada satu majlis di Kampung Gong Guchil, Besut, Terengganu, baru-baru ini. |
BESUT 21 Jan. - Kitar semula. Itulah yang biasa dilakukan untuk memastikan bahan-bahan seperti kertas, plastik, kaca dan logam tidak dibuang dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya dikumpulkan untuk dimanfaat dengan pelbagai cara.
Justeru bagi penduduk di Kampung Gong Guchil, Jerteh, dekat sini mempunyai cara tersendiri menggunakan bahan-bahan terbuang untuk menghasilkan peralatan muzik yang bukan sahaja murah harganya tetapi unik.
Walaupun caranya agak ganjil, namun itulah kelebihan yang dimiliki oleh sebilangan penduduk kampung tersebut yang begitu kreatif mencari kelainan dalam menghasilkan peralatan muzik.
Tempayan, guri (tempayan kecil), tong cat, tong plastik dan rim kenderaan adalah antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bunyi dan nada yang mengasyikkan jika kena caranya.
Cuma ia perlu kepada sedikit pengubahsuaian termasuk mengecatnya dan kesemua bahan tersebut boleh dijadikan alat muzik sekali gus mampu mempersembahkan alunan muzik tradisi yang menghiburkan.
Itulah usaha Kumpulan Sanggar Budaya (KSB) di Kampung Gong Guchil, Jerteh yang sememangnya terkenal di daerah Besut kerana pernah membuat persembahan menggunakan peralatan unik tersebut di peringkat negeri dan kebangsaan.
Jurulatih KSB, Ya Ghani berkata, dengan bantuan beberapa alatan muzik tradisi seperti kertuk, canang dan gong, mereka mampu mempersembahkan beberapa lagu setanding dengan peralatan muzik moden.
''Persembahan unik sedemikian juga membuktikan bahawa bahan-bahan terbuang itu masih berguna dan boleh menggantikan peralatan muzik tradisi yang sedia ada seperti gendang, kompang, rebana dan gong jika diperlukan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Apa yang menarik ialah bahagian tapak capal (selipar) getah digunakan untuk mengetuk bahagian mulut tempayan dan guri lantas menghasilkan bunyi dan rentak yang pelbagai manakala batang besi digunakan mengetuk pada rim kereta.
Alat pemukul khas yang digunakan untuk mengetuk tong cat dan tong plastik pula menghasilkan seakan bunyi gendang dan gong bagi mengiringi persembahan yang kini mendapat perhatian ramai.
Lebih RM300 juta naik taraf Pelabuhan Chendering
RM800,000 bantu rakyat miskin
Belia Kelantan terus diperkasa - Makhtar
MAIK agih zakat bantu mangsa kebakaran
15 penagih leka lepas gian diberkas
Murid, guru SK Seri Kota raikan sambutan Hari Guru
Polis buru bekas banduan cederakan warga emas
Tiga bersaudara lembam harapkan pembelaan masyarakat
Pemilik kedai runcit rugi RM100,000 dalam kebakaran
Sekadar ulang janji lama
Masalah air bersih terus belenggu penduduk Kelantan
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang
ADUN cuba pendekatan baru
Tubuh koperasi bantu nelayan sungai
LKTN pergiatkan kempen tingkat pengusaha kenaf
SMK Seri Budiman perintis program cari bakat sukan berbasikal
Kakitangan HUSM cipta Lolimex
Pengayuh beca mahukan pembelaan kerajaan Pas
Penjara Pengkalan Chepa sasar jualan produk RM1.5 juta
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










