VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
LAPORAN KHAS

ARKIB : 20/01/2009

Geng Kapak Kecik, Geng 30 Kuk digeruni

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Geng Kapak Kecik dan Geng 30 Kuk merupakan dua kumpulan penjenayah yang pernah wujud dan digeruni kerana ahli dari kedua-dua kumpulan itu dipercayai menerima upah untuk membunuh.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi Utusan Malaysia, ahli kedua-dua kumpulan itu adalah warganegara Thailand dan mereka bukan sahaja 'menguasai' Kelantan tetapi turut melakukan pembunuhan di Perlis dan Kedah.

Kewujudan pembunuh upahan yang masuk ke Malaysia juga datangnya dari negara jiran yang lain iaitu Indonesia dan Singapura.

Pergerakan yang begitu licik menyukarkan pihak polis untuk menjejaki mereka.

Menurut sumber yang pernah berkhidmat selama berbelas-belas tahun di cawangan jenayah dan unit khas, terdapat dua kategori pembunuh upahan.

''Kategori profesional ialah mereka datang dari luar negara, bertindak secara solo, masuk ke negara kita, tembak sasaran, keluar dari negara kita dan tidak meninggalkan jejak atau kesan.

''Kumpulan yang satu lagi ini, bukan profesional. Kita percaya mereka ini rakyat tempatan, terima upah, bunuh orang tetapi meninggalkan jejak dan kesan yang lebih mudah untuk dijejaki polis,'' kata sumber itu.

Beliau berkata, jarang sekali modus operandi dilakukan dua orang kerana jika timbul rasa tidak puas hati sesama mereka (pembunuh upahan), kemungkinan salah seorang akan melaporkan perbuatan rakannya kepada pihak polis.

Sementara itu, sumber tersebut juga berkata, untuk menembak mati ahli politik di Malaysia, pembunuh menerima upah antara RM20,000 sehingga RM25,000.

Katanya, adalah lebih mudah untuk mengupah pembunuh upahan sekiranya mengenali mereka yang bergiat dalam kongsi gelap.

''Seseorang itu perlu tahu 'line' untuk menghubungi pembunuh upahan dan ia lebih mudah dilakukan jika bergiat dalam kegiatan kongsi gelap," katanya.

Beliau berkata, hanya mereka yang pernah berurusan dengan pembunuh upahan sahaja yang akan tahu bagaimanakah caranya untuk menghubungi pembunuh berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.