|
ARKIB : 20/01/2009 Konsert mega di Washington raikan ObamaWASHINGTON, 19 Jan. - Legenda-legenda muzik Amerika Syarikat (AS) bersama-sama beratus ribu penonton membanjiri Memorial Lincoln di sini semalam, dalam satu upacara sambutan sempena pelantikan Barack Obama sebagai Presiden AS yang baru dan Presiden kulit hitam AS pertama dalam sejarah penubuhan negara ini. Obama dan ahli keluarganya turut menyanyikan lagu bersama-sama penonton dalam keadaan cuaca sejuk bagi menyaksikan bintang-bintang terkemuka termasuk Bruce Springsteen, U2 dan Stevie Wonder, yang membuat persembahan dalam konsert 'Kita Adalah Satu' di lokasi sama di mana Martin Luther King Jr menyemarakkan pergerakan hak asasi manusia kira-kira 46 tahun lalu, dengan ucapan I have a dream (Saya ada impian). Apabila ahli kumpulan muzik rock dari Ireland, U2 menyanyikan lagu berjudul Pride (In The Name Of Love) yang ditujukan kepada King, penyanyi Bono memberitahu penonton bahawa wawasan pemimpin yang memperjuangkan hak penduduk awam itu telah pun dicapai. ''Pada hari Selasa, impian itu akan menjadi kenyataan!,'' katanya merujuk kepada majlis angkat sumpah Obama sebagai Presiden AS, esok. Sejajar dengan seruan Obama supaya rakyat AS bersatu, konsert tersebut diadakan dengan tujuan bagi menghapuskan perbezaan budaya dengan menggabungkan pelbagai artis dari genre berlainan iaitu muzik Gospel Afrika-Amerika, lagu-lagu patriotik tradisional dan daripada hym kepada R&B serta hip-hop dan lagu-lagu rakyat. Turut mengadakan persembahan ialah Stevie Wonder dan Bruce Springsteen, Beyonce, Mary J. Blige, Jon Bon Jovi, John Legend, Shakira, James Taylor dan lain-lain lagi. Para penyanyi dan lagu-lagu yang disampaikan itu menjadi penyambung kepada kaum-kaum dan generasi, dengan Pete Seeger, 89, menjadi artis paling tua dan pernah disenarai hitam semasa pemerintahan era McCarthy pada tahun 1950-an mengetuai persembahan lagu This Land Is Your Land (Tanah ini, adalah tanah air anda). Konsert besar-besaran itu diadakan sehari selepas kereta api yang dinaiki Obama dalam satu perjalanan simbolik sejauh 220 kilometer menuju ke Washington dari Philadelphia bagi mengangkat sumpah sebagai Presiden AS, esok, tiba di sini dan menarik perhatian beribu-ribu penduduk - AFP TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Bakar al-Quran: Amerika buntu
Paderi Terry Jones ‘masih berdoa untuk ilham’ bakar al-Quran Saksi ceritakan komplot Ampatuan bunuh lawan New Zealand bergegar lagi, perintah darurat dilanjutkan Hanya 2 bilionair China sahut pelawaan Amah Indonesia campur air kencing dalam susu dipenjara Pembunuh John Lennon dinafikan parol Misi bantuan ke Pakistan masuk fasa kedua PBB tawar Malaysia tambah anggota Malbatt 2
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
BANCIAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|