Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 16/01/2009
2 pekerja stesen minyak tertimbus tanah runtuh

2 pekerja stesen minyak tertimbus tanah runtuh

16/01/2009 2:34pm

MIRI 16 Jan. — Dua orang pekerja sebuah stesen minyak di sini dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh yang menimpa tempat kerja awal pagi ini.

Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan pada 6.30 pagi tadi tetapi sehingga 10 pagi ini, kedua-dua belum ditemui.

Dua pekerja berkenaan hanya dikenali sebagai Endi, 28, seorang warga Indonesia, dan Ah Chiang, 22.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 2 pagi tadi, dan turut menyebabkan bekalan elektrik ke sebuah perkampungan berdekatan terputus beberapa jam.

Stesen minyak itu, yang terletak berdekatan lereng Bukit Kanada di sini, telah beroperasi sejak 20 tahun lepas.

— BERNAMA

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN