|
CARACAS 15 Jan. - Venezuela memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel semalam sebagai memprotes keganasan tentera Zionis di Genting Gaza.
Kerajaan Presiden Hugo Chavez mengambil keputusan tersebut seminggu selepas ia mengusir Duta Israel di sini, Shlomo Cohen serta tujuh kakitangan kedutaan bagi membantah tindakan rejim Yahudi itu di Gaza.
“Venezuela mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel disebabkan penindasan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin,” menurut kenyataan Kementerian Luar semalam. - AP
IKLAN@UTUSAN
|