VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 15/01/2009

Alor Star kembali ke Alor Setar

ALOR STAR 14 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah memutuskan supaya ejaan nama Alor Star diubah ke nama asalnya, Alor Setar untuk digunakan secara rasmi.

Sehubungan itu, kata beliau, nama baru tersebut akan dikuatkuasakan selepas pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan arahan penggunaannya kepada semua jabatan kerajaan negeri termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

''Ia cuma membabitkan sedikit perubahan iaitu ejaan Star kepada Setar dan langkah tersebut diambil kerana kita (kerajaan negeri) mahu menggunakan nama asalnya kerana merasakan bahawa ia perlu diletakkan di tempat yang betul.

''Memang ejaan asalnya ialah Setar kerana ia berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.

''Sebenarnya ia Alor Setar tetapi sebelum ini ada pihak mengubah jadi Alor Star kerana hendak bunyi macam orang putih sikit tetapi kita dapati ia tidak ada kena mengena dari segi sejarah tempat ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Sementara itu, Persatuan Sejarah Malaysia Kedah menyambut baik langkah kerajaan negeri menukar nama 'Alor Star' kepada ejaan asalnya iaitu 'Alor Setar'.

Pengerusinya, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, penukaran nama bandar raya itu kepada ejaan asal adalah wajar bagi mengekalkan sejarah ia diambil bersempena nama pokok setar yang ditemui di negeri ini.

"Persatuan sendiri menerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah telah meminta kerajaan negeri menukar nama 'Alor Star' kepada ejaan asalnya iaitu 'Alor Setar.

'Kami juga pernah menghantar surat kepada kepada kerajaan negeri sebelum ini berhubung gesaan yang sama. Persatuan gembira kerana setelah sekian lama menunggu, akhirnya ejaan itu ditukar juga '," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.