VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 14/01/2009

Kaloi popular di Serian


Kazerol Kamaruddin menyusun ikan kaloi yang dijualnya di Pasar Terbuka Serian, Sarawak, semalam. Gambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN


KUCHING 13 Jan. - Sebut sahaja ikan kaloi, mungkin ramai yang teringat akan filem Melayu lama iaitu cerita Bawang Putih Bawang Merah.

Ia mengisahkan seorang wanita membunuh madunya yang kemudian madunya menjadi ikan kaloi sebelum dengan kejamnya menangkap ikan tersebut bagi dijadikan lauk untuk dimakan.

Gambaran itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa ikan kaloi atau ikan karau bagi kaum Bidayuh ini memang sudah menjadi makanan sejak sekian lama.

Malah pada hari ini, ikan kaloi bukan jenis ikan yang dipandang sepi tetapi menjadi pilihan utama untuk dijadikan hidangan yang mempunyai kelas tersendiri.

Ramai yang tahu ikan kaloi, namun berapa ramai yang pernah merasai kelazatan daging ikan yang unik, lembut serta manis ini?

Wartawan Utusan Malaysia berkesempatan ke Pasar Terbuka di bandar Serian, kira-kira 60 kilometer dari bandar raya Kuching untuk mengupas lebih lanjut mengenai ikan kaloi ini.

Seorang peniaga ikan kaloi, Kazerol Kamaruddin, 28, memberitahu, ikan kaloi mendapat permintaan tinggi di bandar kecil ini malah ada yang sanggup datang dari Kuching semata-mata untuk mendapatkan ikan tersebut.

Menurutnya, apa yang menarik mengenai ikan sungai ini, ia bukan diperoleh setiap masa kerana ikan kaloi mempunyai musimnya tersendiri malah tidak mudah untuk memperolehnya.

''Pada masa ini, boleh dikatakan penghujung tahun dan awal tahun adalah musim ikan kaloi dan ia boleh ditangkap dengan banyak.

''Ikan kaloi yang dijual di Pasar Terbuka Serian ini diperoleh dari Sungai Batang Sadong, Lubok Midin di Kampung Gedong, Sungai Skrang di Balai Ringin serta Lubok Antu di Sri Aman," katanya di sini baru-baru ini.

Kazerol berkata, dia memperoleh bekalan ikan itu antara 30 hingga 40 kilogram iaitu kira-kira 30 ekor dan dijual dengan harga RM15 sekilogram.

Katanya, sepanjang menjadi peniaga ikan kaloi, dia pernah menjual ikan berkenaan yang mempunyai berat lima kilogram dan jualan ikan tersebut begitu laris dengan satu hari mampu mencecah jualan 30 hingga 40 ekor ikan.

Tambahnya, ikan kaloi yang dijual ada yang telah disiang dan ada yang masih dalam bentuk seekor yang dijual pada harga yang sama.

''Saya juga ada menjual ikan kaloi yang masih hidup jika ada mereka yang berminat untuk membela ikan hiasan dalam akuarium, namun harganya lebih tinggi.

''Bagaimanapun ia dijual mengikut saiz dan biasanya saya menjual ikan kaloi hidup seberat 300 gram pada harga RM30," ujarnya.

Dalam pada itu, Kazerol memberitahu, mungkin ramai yang tidak mengenali ikan kaloi ini, namun boleh mengetahuinya dengan memerhati rupa bentuk ikan tersebut yang mempunyai dua janggut di bawah insangnya.

Menurutnya, ikan kaloi jantan pula boleh diketahui dengan melihat di kepalanya yang mempunyai bonggol manakala ikan betina tidak ada bonggol di dahi kepalanya itu.

Selain itu, jelasnya, ikan kaloi juga mempunyai sirip bawah dan belakang yang lebar menjadikan ia kelihatan cantik apabila bergerak serta meliuk-lintuk dalam air.

''Ikan kaloi ini juga lasak malah boleh hidup dengan lama sekali jika dibela dengan baik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.