VERSI : Mobile | Akhbar Digital
30 Ogos 2014 / 4 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 14/01/2009

Wajah kembali remaja




KEHADIRAN garis-garis halus dan kedut pada wajah antara yang dibimbangi oleh sebahagian wanita yang mengambil berat tentang penampilan.

Golongan tersebut sanggup berhabis duit bagi menyingkirkan tanda-tanda yang lazimnya muncul seiring dengan peningkatan usia..

Kedut biasanya terbentuk apabila lapisan kolagen pada kulit, yang berfungsi menjadikan kulit lebih anjal dan tegang, semakin berkurang dan lemah berikutan faktor penuaan atau kesan-kesan luaran seperti pancaran lembayung ungu (UV).

Selain itu, penurunan paras hormon wanita, estrogen berikutan peningkatan usia, juga menyebabkan kulit kehilangan lembapan dan teksturnya menjadi kasar.

Selain kulit, kekurangan kolagen dan penurunan hormon juga memberi perubahan kepada anggota badan lain. Ini terutamanya pada bentuk dan saiz payu dara, yang juga boleh berubah disebabkan penurunan berat badan, melahirkan dan menyusukan bayi dan sebagainya.

Payu dara akan kelihatan lebih kecil dan kendur, yang sekali gus menjejaskan penampilan seseorang wanita yang ingin nampak sempurna..

Mengurangkan kebimbangan tersebut, Nuvanta Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar produk kesihatan dan kecantikan, baru-baru ini memperkenalkan Nuvafemme Beauty Formula.

Produk berasaskan ekstrak kacang soya dan disahkan bukan daripada bahan organik hasil pengubahsuaian genetik (Non-GMO).

Produk tersebut bertindak membantu menyingkirkan kedut dari dalam bagi menjadikan kulit halus, cantik dan kembali remaja tanpa garis halus dan kedut yang ketara.

Ramai juga mengetahui bahawa pengambilan makanan tambahan seperti Nuvafemme Beauty Formula, juga salah satu cara paling mudah untuk membantu menyeimbangkan hormon.

Lebih penting ia diformulakan untuk wanita dari semua peringkat usia.

Selain menjadikan kulit nampak lebih muda, produk berasaskan ekstra soya ini juga membantu menganjalkan semula payu dara melalui cara merangsang sel fibroblast kulit bagi menghasilkan kolagen dan memperlahankan kadar penurunan kolagen.

Ia juga bertindak sebagai anti oksidan yang membantu melindungi kulit daripada kesan pencemaran alam sekitar dan pancaran UV.

Bahan aktif Nuvafemme Beauty Formula iaitu Genistein, mempunyai keupayaan unik untuk menyerupai estrogen yang membantu mengimbangi hormon di dalam tubuh - yang menjadi punca kepada kehilangan tekstur kulit, lembapan tubuh dan payu dara kendur.

Antara kelebihan lain, mengurangkan simptom PMS seperti kejang perut, sakit belakang dan sebagainya. Ia juga mengurangkan simptom, melindungi tulang dan jantang. Ia kini boleh diperoleh di farmasi-farmasi utama seluruh negara pada harga RM98 sekotak. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.nuvafemme.my or email: pharmacist@nuvanta.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:26
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.