VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
MUKA HADAPAN

ARKIB : 13/01/2009

Rundingan FTA dengan AS ditangguh

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menghentikan sementara rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS) sehingga mendapat arahan lanjut daripada Kabinet.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk memuktamadkan proses FTA dengan AS, terutama dalam situasi semasa apabila negara tersebut memberi sokongan penuh terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin.

Menurut beliau, proses rundingan FTA dengan AS sebelum ini juga sebenarnya masih belum mencapai sebarang persetujuan bersama dalam banyak isu yang dibangkitkan.

“Kerajaan tidak akan tergesa-gesa, tambahan pula banyak pihak berpendapat tidak perlu diteruskan FTA itu.

‘‘Jadi lebih baik kita hentikan proses rundingan itu dan tengok perkembangan selanjutnya setelah mendapat panduan daripada Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Warga MITI Bersama Menteri di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.