VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 12/01/2009

Program bantu rakyat termiskin diperluas


NOR Mohamed Yakcop bersama isterinya, Fawziah Begum Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada Rodhiah Lazim di Kampung Permatang Tok Gelam, Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


TASEK GELUGOR 11 Jan. - Kerajaan tetap akan meneruskan program-program pembangunan untuk rakyat termiskin yang sudah dirancang walaupun negara berdepan dengan kesan kemelesetan ekonomi global.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, projek-projek berkenaan tidak akan dihentikan sebaliknya diperluaskan sejajar dengan objektif meningkatkan jaringan keselamatan sosial masyarakat.

Menurutnya, dalam keadaan rakyat yang turut menerima tempias kemelesetan ekonomi dunia, pembangunan untuk golongan kurang berkemampuan menjadi isu yang lebih penting.

"Cabaran (kemelesetan ekonomi dunia) ini datang bersama dengan tanggungjawab kerajaan untuk memastikan golongan kurang bernasib baik terus mendapat pembelaan sewajarnya.

"Program pembangunan rakyat miskin antara keutamaan kerajaan dan ia menjadi isu lebih penting dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu," katanya selepas melawat rumah warga emas, Rodhiah Lazim, 55, di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Fawziah Begum Abu Bakar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid.

Rodhiah merupakan antara penerima bantuan Program Amal Jariah (PAJ) kerana keadaan rumahnya di Permatang Tok Gelam yang usang dan memerlukan perhatian segera.

Nor Mohamed berkata, kerajaan sentiasa mencari pendekatan baru bagi memastikan golongan miskin terus mendapat manfaat hasil daripada program pembangunan yang dilaksanakan.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang giat melaksanakan 'Program Cari' bagi mengenal pasti keluarga-keluarga miskin di seluruh negara untuk diberi bantuan.

Selain itu, kata beliau, kerajaan menyediakan dana RM500 juta melalui PAJ untuk membina atau membaiki rumah golongan memerlukan termasuk ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara bagi tahun ini.

"Dana permulaan RM100 juta sudah dikeluarkan bagi melaksanakan PAJ di seluruh negara dan program ini akan diperluaskan bagi memastikan golongan terbabit dapat tinggal di rumah yang lebih selesa,'' katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.