VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 09/01/2009

Kawasan Batu Nabau bakal destinasi pelancongan

SRI AMAN 8 Jan. - Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) berhasrat membangunkan kawasan Batu Nabau di Sungai Bukong di daerah kecil Engkilili di sini sebagai destinasi pelancongan ekoran sambutan orang ramai yang berkunjung di situ selepas kisah batu berkenaan disiarkan dalam akhbar.

Juruteknik Kanan MDLA, Abang Naim Abang Pauzi berkata, hasrat itu dicetuskan dalam satu mesyuarat apabila seorang ahli majlis iaitu Crispin Limin mengemukakan cadangan untuk membangunkan kawasan terbabit sebagai tarikan pelancong di daerah tersebut.

Menurutnya, menerusi cadangan tersebut juga, Pegawai Daerah Lubok Antu, Nelson Mujah Girie mengusulkan supaya satu kajian terperinci mengenai kisah kewujudan Batu Nabau dilakukan agar boleh dibukukan bagi tujuan umum.

''Bagaimanapun kita masih lagi belum memulakan usaha untuk mengumpul segala data yang berkaitan terutamanya kisah asal-usul kewujudan Batu Nabau terbabit.

''Pada masa ini kita telah menghantar beberapa wakil ke kawasan berkenaan bagi memantau serta meneliti kawasan Batu Nabau untuk industri pelancongan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah pertama, pihaknya perlu turun padang terlebih dahulu untuk mengenali selok-belok lokasi Batu Nabau, di samping cuba memahami kisah kewujudannya selama ini.

Katanya, MDLA berharap lokasi Batu Nabau dapat dijadikan sebagai satu kawasan tarikan pelancong yang terkemuka di daerah kecil Engkilili pada masa akan datang.

Batu Nabau, iaitu bongkah batu besar yang menyerupai ular gergasi mempunyai ukuran panjang melebihi sembilan meter dan ukuran lilit melebihi dua meter.

Ia terletak kira-kira 50 meter daripada Rumah Nyalau Muang, Bukong yang tidak asing lagi bagi penduduk rumah panjang di situ.

Kisah mengenai kewujudan Batu Nabau itu mula tersebar apabila seorang lelaki berketurunan Siam dari Kuala Lumpur yang mendakwa bermimpi mengenai ular gergasi menjadi batu sehingga mendorongnya mencari 'ular' tersebut di kawasan Engkilili.

Penghulu Rumah Nyalau, Michael Derin memberitahu, kedudukan Batu Nabau terletak hanya 50 meter dari kawasan rumah panjang dan mempunyai legenda yang tersendiri.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.