|
ARKIB : 09/01/2009 Tower Regency bakal hotel rasmi Jubli Perak Sultan Azlan ShahIPOH 8 Jan. - Tower Regency Hotel and Apartments di sini yang dimiliki oleh Ipoh Tower Sdn. Bhd. bakal dijadikan hotel rasmi sempena majlis ulang tahun ke-25 tahun Sultan Azlan Shah ditabalkan sebagai Sultan Perak pada 14 Februari ini. Pengarah Jenama Tower Regency Hotel and Apartments Sdn. Bhd, Kenny Lai berkata, secara dasarnya, Sultan Azlan Shah berkenan menjadikan hotel tersebut sebagai tempat kediaman rasmi bagi tetamu-tetamu kenamaan baginda. ''Pada hari ini, Tuanku melawat hotel ini bagi melihat persiapan yang telah dibuat kerana baginda berminat untuk menggunakan tempat ini sebagai hotel rasmi untuk tetamu kenamaan sempena sambutan Jubli Perak baginda sebagai sultan. ''Selepas hotel ini dibuka dalam bulan ini, Tuanku akan datang melawat sekali lagi dan jika berpuas hati, baginda akan membuat tempahan," katanya ketika ditemui selepas mengiringi Sultan Azlan Shah melawat hotel itu hari ini. Tower Regency Hotel and Apartments yang terletak di kawasan seluas kira-kira 0.9 hektar di Jalan Datuk Seri Ahmad Said di sini dibina dengan kos sebanyak RM70 juta. Projek pembinaan hotel itu dimulakan pada Januari 2007 selepas Ipoh Tower mengambil alih projek berkenaan daripada Danaharta pada 2005. Menurut Kenny, bangunan hotel berkenaan merupakan yang tertinggi di Ipoh, malah hotel pertama di sini menyediakan bilik pangsapuri. ''Hotel ini menyediakan sebanyak 260 bilik termasuk bilik hotel dan kediaman pangsapuri selain kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, rumah kelab, kolam renang dan gimnasium. ''Sasaran kami bukan sahaja terdiri daripada orang kenamaan atau pelancong tetapi termasuk golongan berkeluarga kerana segala kemudahan ada di sini," katanya. Beliau berkata, walaupun hotel itu bertaraf empat bintang, kadar sewa yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu dari RM150 semalam.
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
IKLAN@UTUSAN
Utusan Online on Facebook
|