VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/01/2009

Tol AKLEH tidak boleh naik hingga fasa dua bermula

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Pengendali konsesi Lebuh Raya Bertingkat Ampang- Kuala Lumpur (AKLEH) tidak dibenar menaikkan kadar tol sehingga syarikat itu memulakan kerja-kerja pembinaan fasa kedua melibatkan satu dek tiga laluan di lebuh raya tersebut dari persimpangan Jalan Jelatek ke Jalan Hulu Kelang.

Perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (Prolintas) pada 16 Mei 1996 itu mendedahkan pembinaan fasa kedua lebuh raya tersebut sepatutnya dilaksanakan apabila jumlah kenderaan yang melalui fasa pertama AKLEH melebihi 93,600 sehari atau pada awal 2013.

Buat masa ini, Prolintas menyatakan jumlah trafik harian di lebuh raya sepanjang 7.9 kilometer itu berada pada kadar 60,000 kenderaan dan dijangka meningkat ke tahap 93,000 tidak lama lagi.

Kadar tol yang dikenakan di lebuh raya itu kini ialah RM1.50 bagi kenderaan kelas 1 atau kereta persendirian, RM3 (kelas 2 - lori dua gandar), RM4.50 (kelas 3 - lori dengan tiga gandar atau lebih), 80 sen (kelas 4 - teksi) dan 80 sen (kelas 5 - bas).

Mengikut perjanjian konsesi AKLEH (Ampang-KL Elavated Highway), kadar tol yang dipersetujui antara kerajaan dan Prolintas untuk tempoh lapan tahun pertama konsesi ialah RM2.50 (kelas 1), RM5 (kelas 2), RM7.50 (kelas 3), RM1.30 (kelas 4) dan RM2.50 (kelas 5).

Kutipan tol di lebuh raya itu bermula pada 1 Jun 2001 dan bermakna bermula pada 2005 sehingga 2009, kadar tol yang dipersetujui ialah RM3 (kelas 1), RM6 (kelas 2), RM9 (kelas 3), RM1.50 (kelas 4) dan RM3 (kelas 5).

Kadar maksimum tol yang dipersetujui iaitu RM7 (kelas 1), RM14 (kelas 2), RM21 (kelas 3), RM3.50 (kelas 4) dan RM7 (kelas 5) sepatutnya mula dikuatkuasakan pada 2020 sehingga tamat tempoh konsesi pada 2029.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.