VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
SELATAN

ARKIB : 07/01/2009

Jurutera pengusaha tanaman pisang nipah


Norazimah Abdullah terpaksa menjual kereta serta mengeluarkan wang simpanan bagi mengusahakan tanaman pisang di Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan.


SEREMBAN 6 Jan. - Demi menyahut seruan kerajaan supaya bidang pertanian dijadikan perniagaan, seorang jurutera di sebuah syarikat multinasional sanggup mengusahakan tanaman pisang nipah yang boleh dikomersialkan.

Norazimah Abdullah, 40, berkata, hasrat bagi menambah sumber pendapatan keluarga serta memenuhi permintaan pisang nipah tempatan telah mendorongnya dan suami, Abd. Rashid Abd. Razak, 41, untuk bergiat dalam penanaman pisang nipah secara kecil-kecilan sejak awal 2006.

Beliau mula tertarik dengan perusahaan tersebut ketika dihantar bekerja di Surabaya, Indonesia.

Menurutnya, semasa di sana, beliau mendapati tanaman pisang nipah memang mempunyai potensi untuk dikomersialkan.

Beliau terpaksa menjual kereta serta mengeluarkan wang simpanan bagi mengusahakan tanaman tersebut di Kampung Gadong Lama, Labu.

''Dengan modal RM20,000, kami membina pagar, membeli benih serta membersihkan tanah bagi memulakan perusahaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di ladangnya baru-baru ini.

Hasilnya, kata Norazimah, dia kini mempunyai 5,000 batang pokok pisang nipah yang diusahakan di atas tanah seluas tujuh ekar milik beliau dan keluarganya.

Menurutnya, pisang nipah dijual kepada peniaga pisang goreng serta peniaga kecil-kecilan selain menjual jantung pisang kepada penjual sayur.

''Bagi satu kilogram (kg) pisang nipah, ia dijual pada harga RM1 dan 50 sen bagi setiap biji jantung pisang," ujarnya.

Katanya, daripada segi penjagaan, tanaman pisang tidak begitu rumit.

Beliau hanya perlu memastikan pokok-pokok sentiasa dibaja dan diracun dari semasa ke semasa bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

''Racun disembur dalam masa tiga bulan sekali dan dibaja dua kali setahun," katanya.

Tambah beliau, pelepah pisang dan jantung pisang perlu dicantas kerana ia mampu mempengaruhi faktor saiz dan hasil pisang.

''Sekiranya jantung pisang tidak dipotong, pisang yang dihasilkan pasti mempunyai saiz dan berat yang berkurangan berbanding biasa," katanya.

Norazimah bercadang untuk membesarkan perusahaannya pada masa depan dengan harapan untuk mendapatkan tanah selain memasarkan tanaman tersebut di beberapa kawasan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.