VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/01/2009

Tambang bas sekolah tidak ikut Pekeliling LPKP


MENGUNDANG RISIKO... Pemandu bas sekolah tidak menghiraukan keselamatan pelajar dengan membenarkan mereka berdiri di pintu bas semasa bas bergerak.


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Hampir kesemua pengusaha bas sekolah di sekitar Lembah Klang mengenakan caj tambang bas kepada murid-murid sekolah tanpa mengikut had kadar tambang yang ditetapkan di dalam Pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Rata-rata pengusaha bas mengenakan kadar tambang kepada setiap murid secara selaras iaitu semua mereka perlu membayar dengan harga yang sama walaupun jarak perjalanan pergi dan balik mereka berbeza-beza.

Mengikut Pekeliling yang dikeluarkan oleh LPKP, semua pengusaha bas di seluruh Semenanjung wajib mengenakan kadar tambang bagi kilometer pertama atau sebahagian daripadanya pada kadar yang telah ditetapkan oleh LPKP kepada setiap murid pada setiap bulan.

Bagi kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang, kadar tambang untuk kilometer pertama ialah RM21.10, manakala bagi negeri-negeri lain kadar yang ditetapkan ialah RM15.85.

Pengusaha bas hanya dibenarkan mengenakan caj tambahan pada setiap kilometer tambahan dari rumah ke sekolah dengan mengikut laluan yang disarankan oleh LPKP pada kadar RM1.55 bagi Semenanjung.

Namun, tinjauan Utusan Malaysia bersama LPKP menerusi operasi pemantauan kadar tambang bas sekolah hari ini mendapati, pengusaha sebuah bas mengenakan kadar tambang bas kepada murid-murid yang menaiki basnya sehingga mencecah RM45.

Hasil pemeriksaan LPKP terhadap pemandu terbabit mendapati jarak perjalanan pergi dan balik bas terbabit tidak sampai lima kilometer iaitu dari Sungai Chua, Kajang ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Bukit, Kajang.

Bagaimanapun, semua murid terbabit dikenakan kadar tambang yang sama dan yang paling mengejutkan adalah kadar tambang tersebut dikenakan kepada mereka sejak lima tahun lalu.

Pegawai Penguat Kuasa Kanan LPKP, Nor Affandi Abdul Rahman yang mengetuai operasi tersebut berkata, kebanyakan pengusaha bas masih tidak tahu cara pengiraan kadar tambang bas yang betul seperti di dalam Pekeliling LPKP.

Katanya, hasil pemeriksaan awal, sebanyak 22 bas yang diperiksa mengalami masalah yang sama iaitu dengan menetapkan kadar tambang selaras kepada murid-murid tanpa mengikut jarak tempat tinggal mereka ke sekolah.

"Mereka sepatutnya telah mengetahui cara pengiraan sejak mula beroperasi berikutan ketika membuat permohonan lesen, setiap pelesen telah diberi Pekeliling LPKP dan ini merupakan satu kesalahan yang besar kerana gagal mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

Selain itu, Nor Affandi memberitahu, hampir kesemua bas yang diperiksa berada di dalam keadaan yang usang terutama van sekolah.

Jelasnya, usia bas berkenaan telah melebihi 20 tahun iaitu had usia yang ditetapkan, malah ada di antara bas yang diperiksa itu telah menjangkau usia 32 tahun.

Beliau memberitahu, syarat bagi had usia bas juga terdapat di dalam Pekeliling LPKP, umumnya, semua pengusaha telah jelas mengenai perkara tersebut, tetapi sikap tidak mementingkan keselamatan murid-murid merupakan punca utama kegagalan bas-bas sekolah beroperasi dengan baik.

"Bagi mengetahui lanjut mengenai usia bas, orang ramai boleh melihat berdasarkan tarikh pendaftaran kenderaan pada kad pendaftaran kenderaan dan sekiranya terdapat bas yang dicurigai diminta melaporkan kepada LPKP.

''Setiap pengusaha atau pemohon lesen, mereka perlu melesenkan bas sekolah yang berusia tidak melebihi lima tahun," jelasnya.

Tinjauan turut mendapati hampir kesemua pemandu bas sekolah tidak berpakaian kemas seperti yang diperuntukkan oleh LPKP, terutama pemandu yang hanya memakai selipar ketika memandu.

Boleh dikatakan para pemandu bas sekolah yang diperiksa gagal mengikut kaedah keselamatan LPKP, sikap mereka terhadap murid-murid hanya ala kadar sahaja atau sekadar melepaskan batuk di tangga, langsung tidak mementingkan keselamatan murid yang merupakan bakal generasi harapan negara.

Hasil tinjauan amat dikesalkan apabila pemandu dan pengusaha bas sekolah didapati hanya ingin mengaut keuntungan daripada ibu bapa dengan cara yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.