Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
TERKINI

ARKIB : 07/01/2009
Banjir di Kelantan dan Pahang semakin pulih

Banjir di Kelantan dan Pahang semakin pulih

07/01/2009 11:39am

KOTA BHARU 7 Jan. — Keadaan banjir di Kelantan semakin pulih hari ini apabila 498 orang mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan tinggal 163 orang lagi yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara.

Jurucakap Pusat Operasi Banjir Negeri berkata baki mangsa yang masih tinggal di pusat pemindahan itu melibatkan 43 keluarga dari dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat. “Di Pasir Mas, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 101 orang manakala di Tumpat seramai 62 orang,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata tiga jalan kampung masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Jambu Cabang Empat Meranti di Tumpat, Jalan Batu Karang-Pengkalan Rakit di Rantau Panjang dan Jalan Pasir Mas Kampung Siram di Rantau Panjang.

Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan melalui laman webnya mencatatkan hanya Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berada di atas paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Kusial berada di atas paras berjaga-jaga.

Sementara itu, 28 orang masih berada di pusat pemindahan banjir di daerah Pekan berbanding 23 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata 13 daripada mereka ditempatkan di Dewan Kampung Mencupu manakala 15 orang lagi di Balai Raya Kampung Aceh. — Bernama

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN