Utusan Online
 
10 Februari 2010 / 25 Safar 1431
  English Version       Arkib Berita     
BERITA UTAMA

ARKIB : 06/01/2009
Israel berani kerana AS terus sokong

Israel berani kerana AS terus sokong

KUALA TERENGGANU 5 Jan. - Israel berani melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza kerana rejim tersebut sedar sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap mereka tidak akan berubah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak melihat tindakan Israel itu sebagai menguji pendirian Barack Obama yang akan memulakan tugasnya sebagai Presiden AS kerana dasar negara itu terhadap Israel tetap sama.

''Barangkali ada faktor lebih dalam daripada itu sebab mereka tahu sokongan kerajaan Amerika Syarikat terhadap mereka tidak berubah, jadi mereka berani ambil tindakan seperti mana yang mereka lakukan," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan jentera pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

Najib sebelum itu diminta mengulas tindakan Israel menyerang Gaza menyebabkan pertempuran hebat antara tentera rejim itu dengan pejuang Hamas.

Tentera Israel melaporkan 30 askarnya cedera manakala berpuluh-puluh pejuang Hamas telah ditembak dalam pertempuran hari pertama.

Menurut Najib, Malaysia kesal dengan tindakan Israel itu yang disifatkan keterlaluan.

Katanya, dalam keadaan gencatan senjata, Israel sepatutnya membenarkan kegiatan kemanusiaan berjalan umpamanya pekerjaan dan pembangunan ekonomi berjalan seperti biasa manakala kemudahan asas dibekalkan.

''Dalam keadaan penduduk di Gaza terhimpit oleh kehidupan mereka, sebab itu Hamas mendapat sokongan.

''Pembedilan yang dilakukan mereka berbanding jumlah yang telah terkorban setakat ini adalah tidak seimbang dan menunjukkan bahawa kerajaan Israel mengamalkan tindakan yang tak ada perikemanusiaan sama sekali," ujarnya.

Add to Google  
IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
 



IKLAN@UTUSAN