ARKIB : 05/01/2009
Kraf orang cacat penglihatan di pasaran Internet
![]() |
|
Pelbagai produk rotan yang bermutu tinggi boleh diperoleh menerusi Vision-e. Di samping membeli, membantu golongan cacat penglihatan menambah pendapatan. |
Biarpun cacat penglihatan, namun ia bukan penghalang bagi mereka untuk membuat kerja-kerja kraftangan yang berseni lagi unik, yang kini menjadi hiasan dekor di kediaman dan kegunaan agensi kerajaan dan swasta.
Walaupun mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan, itu tidak mencukupi terutamanya dalam membantu meningkatkan pendapatan golongan tersebut. Sesuatu perlu dilakukan dalam memperluaskan pasaran hasil kraf mereka
Selama ini hanya dipasarkan di pasaran terbuka seperti pusat membeli belah, bazar atau kedai-kedai kraf, tetapi sejak tahun lalu, hasil kraf golongan ini telah dipasarkan melalui e-dagang atau jualan runcit secara maya.
Sehubungan itu, Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dengan kerjasama gedung membeli belah berinternet, Acmamall.Com Sdn. Bhd. telah memberi peluang golongan cacat penglihatan menyertai e-dagang menerusi inisiatif kemasyarakatan Vision-e.
Vision-e direkabentuk oleh Acmamall.com, eksklusif bagi golongan ini untuk memasarkan pelbagai produk serta hasil kerja tangan dan perkhidmatan mereka menerusi Internet tanpa berasa bimbang mengenai operasi atau risiko perniagaan.
Setakat ini terdapat 12 produk kraftangan dipasarkan melalui Vision-e iaitu bakul kosmetik, bakul buah, bakul kain, tempat pensel, bakul hamper, bangku rotan, bakul hiasan, bakul sampah dan lain-lain. Terdapat cadangan untuk menambah sebanyak 45 hingga 50 produk lagi menjelang tahun ini.
Pengarah Eksekutif MAB, George Thomas berkata, tujuan menceburi e-dagang ini adalah bagi memperkenalkan hasil kraf golongan cacat penglihatan kepada umum.
"Sebenarnya hasil kraf golongan ini telah mendapat perhatian agensi kerajaan seperti Kementerian Pertahanan, agensi swasta dan individu yang telah mengikat kontrak untuk pembelian produk ini buat sekian lamanya.
"Tetapi itu masih tidak mencukupi kerana permintaannya tidak konsisten dan pelanggan mempunyai alternatif lain seperti plastik bagi menggantikan produk rotan yang sememangnya mahal.
"Sehubungan itu, satu jalan harus dicari bagi membantu golongan ini untuk meneruskan kehidupan menerusi pembuatan kraf secara berterusan. Sebab itulah, MAB bekerjasama dengan Acmamall bagi meningkatkan pendapatan mereka,'' katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut George, menerusi Vision-e, MAB boleh memasarkan secara agresif pelbagai barangan kraftangan kepada lebih 40,000 pelanggan utama Acmamall yang berada di Malaysia, Thailand, Brunei dan Singapura serta dalam perancangan meluaskannya ke Australia dan New Zealand.
"Acmamall juga menyediakan teknologi e-dagang terbaik dalam satu persekitaran perniagaan paling selamat di samping aktiviti promosi menggunakan e-risalah dan bantuan teknikal untuk membantu MAB memperluaskan pasaran produk mereka.
"Bersama dengan Acmamall, kami yakin bahawa Vision-e dapat memberikan manfaat e-dagang kepada golongan cacat penglihatan dengan membuka peluang untuk mereka menyertai projek yang pasti dapat meningkatkan pendapatan mereka,'' jelasnya.
Meningkat
Beliau memberitahu, harga barangan yang terdapat di dalam Vision-e tidaklah mahal, dalam anggaran RM5 hingga RM150. Selama setahun Vision-e ini diwujudkan, jualan bernilai RM80,000 hingga RM100,000 telah diterima dan dijangka ia akan meningkat kepada RM150,000 hingga RM200,000 menjelang tahun ini.
"Dengan penambahan jualan ini, diharap dapat membantu 15 individu yang berkecimpung dalam menghasilkan kraftangan ini yang berada di Pahang, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.
"Jika selama ini mereka memperoleh pendapatan anggaran RM1,000 sebulan, diharap dengan adanya Vision-e, meningkat kepada RM1,500 sebulan,'' ujarnya yang mengharapkan lebih ramai lagi yang melayari Vision-e dan menjalankan urus niaga bagi membantu golongan berkenaan.
Bagi yang berminat mendapatkan kraftangan golongan tersebut, boleh melayari laman web:www.mab.org.my atau www.acmamall.com.
Pembayaran boleh dilakukan melalui kad kredit, e-pay atau e-debit. Penghantaran barangan dalam masa lima hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan 12 hingga 15 hari (Sabah dan Sarawak).
Pelanggan di Lembah Klang tidak dikenakan bayaran penghantaran tetapi di luar bergantung kepada saiz dan berat produk.
Innanie Ariffin, Gadis Analogi
Hidangan ala Barat
AKRAB sentiasa mekar
Herba paling berharga
Bayi sihat, aktif
Menangani anak bermasalah
Rungutan ibu beri ilham
Dugaan kasih ibu, anak
Finalis hadapi tugasan akhir
Solekan untuk ibu
Berkahwin atau menunjuk?
Ukur baju di badan sendiri
Bib's Florist kedai cenderamata
Ibu angkat 1,800 bayi
Anjakan bidang seni lukis
Harry tidak mahu tertipu lagi
Anak kecil mangsa buli
Berbalah kerana pengotor
Kerabu kangkung keistimewaan Jemari
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










